PRU-14 : Kit Siang Pertimbang Bertanding Di Kerusi Parlimen Lain

JOHOR BAHRU- Anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi parlimen lain pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) sebagai strategi politik.

Pada masa sama Penasihat DAP itu berkata beliau juga mempertimbangkan kemungkinan bersara daripada dunia politik selepas lebih 51 tahun dalam arena tersebut.

“Semalam saya berada di Alor Star, Kedah dan pemimpin di sana ada mencadangkan supaya saya bertanding di Kedah.

“Kalau saya bertanding pada PRU-14, pilihan pertama saya ialah Gelang Patah tetapi sebab strategi parti cadangkan saya bertanding di kawasan lain, saya rela untuk timbangkannya,” katanya kepada pemberita di sini Sabtui.

Ditanya mengenai ada aduan beliau tidak pulang melawat kawasan parlimennya, Lim berkata beliau tidak pernah lari daripada tanggungjawabnya di kawasan Gelang Patah.

Pada PRU-13, Lim menewaskan bekas Menteri Besar Johor Tan Sri Abdul Ghani Othman di kerusi Parlimen Gelang Patah dengan majoriti 14,762 undi.

Sebelum bertanding di Gelang Patah, Lim merupakan Anggota Parlimen Ipoh Timur sejak 2004 – BERNAMA

Advertisements

One thought on “PRU-14 : Kit Siang Pertimbang Bertanding Di Kerusi Parlimen Lain

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s