PPBM Hilang Kuasa Rundingan Dengan Pakatan


Timmy Say – Tun Dr Mahathir Mohamad mengharapkan pembangkang dapat bergerak seperti Barisan Nasional (BN) yang bertanding menggunakan satu logo, dan di mana-mana kawasan hanya mempunyai satu calon mewakili gabungan politik itu.

Idea ini pada dasarnya bagus. Cuma ia hanya akan dipakai oleh mereka yang yakin akan menang.

Satu logo

Sebagai contoh, idea menggunakan satu logo ini sangat dialu-alukan oleh parti yang kecil dan baru seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Amanah tetapi tidak pada parti yang besar dan lama seperti DAP dan PKR sekiranya kedua-dua parti itu tidak yakin akan menang.

Ini bukan kali pertama cadangan menggunakan satu logo untuk pembangkang dibangkitkan. Ia pernah timbul sebelum pilihan raya umum ke-13, tapi cadangan ini ditolak walaupun ketika itu Pakatan Rakyat yakin menang.

Logo adalah satu faktor yang penting ketika mengundi. Ingatkah bagaimana DAP menghabiskan tenaganya untuk mempromosikan logo Amanah ketika pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar tahun lalu, dengan menyamakan logo Amanah dengan kuih bacang kegemaran orang Cina?

Menggunakan satu logo yang tidak dikenali dalam masa yang sebegitu singkat sebelum pilihan raya umum ke-14 membawa risiko tinggi kepada DAP dan PKR. Risiko ini tidak akan menjadi masalah sekiranya DAP dan PKR yakin peluang kemenangan di PRU14 itu besar di dalam pertarungan 3 penjuru.

Sekiranya DAP dan PKR memasuki PRU14 hanya dengan niat mempertahankan apa yang ada (walaupun di luaran mereka menciptakan persepsi bahawa Putrajaya yang ingin ditawan), menggunakan logo pembangkang yang baru ini bakal menjadi masalah kepada mereka.

Jadi, tidak perlu hairanlah jika tuntutan ini ditolak pada akhirnya walaupun pada awalnya ia nampak sebagai satu idea yang boleh diterima.

Menggantikan nama Pakatan Harapan

Dr Mahathir menegaskan nama Pakatan Harapan perlu digantikan selepas kemasukan PPBM. Jika apa yang disebut Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam betul, nama baru yang diimpikan Dr Mahathir ialah Barisan Rakyat yang mirip nama Barisan Nasional.

Mungkin Dr Mahathir memikirkan rakyat akan lebih terbuka untuk menukar kerajaan Barisan yang ada sekarang ini kepada satu kerajaan Barisan yang baru berbanding sebuah kerajaan bernama “Pakatan”.

Lagipun nama Pakatan terlalu sinonim dengan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dipercayai tidak akan menjadi faktor penting di PRU14. Mungkin Dr Mahathir mahukan orang lain yang menjadi faktor.

Ketika DAP berkata bahawa pembangkang sudah bersedia menerima seorang perdana menteri wanita, Dr Mahathir tidak bersetuju. Umum mengetahui calon PM Pakatan Harapan ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Jadi lelaki manakah yang akan menjadi calon PM Barisan Rakyat sekiranya Pakatan Harapan akur dengan tuntutan Dr Mahathir untuk dibubarkan namanya?

Apakah tuntutan Dr Mahathir untuk mengBNkan pembangkang akan diterima?

Hakikatnya, kemasukan PPBM ke Pakatan Harapan menjunamkan kuasa rundingan mereka dengan parti komponen Pakatan Harapan.

Parti Pakatan Harapan, terutamanya DAP dan PKR akan mengambil sebanyak masa yang boleh untuk berlengah-lengah untuk menimbang tuntutan tersebut tanpa sebarang kerisauan mereka akan kehilangan PPBM.

Ini kerana PPBM tiada lagi tempat bergantung selain bersama Pakatan Harapan apabila pintu rundingannya bersama PAS kini malap.

DAP, melalui Setiausaha Organisasi Kebangsaan Anthony Loke, sudah pun dilaporkan secara terang-terangan memberi bayangan cadangan Dr Mahathir untuk meniru politik gaya BN telah ditolak.

Satu lagi yang menjadi kerisauan parti komponen Pakatan Harapan ialah nilai sebenar PPBM tanpa Dr Mahathir.

Apapun selepas ini, sebagai parti yang kecil seperti Amanah, PPBM akan terpaksa telan keputusan Pakatan Harapan walaupun tidak bersetuju. Dan sekiranya mereka membantah atau menimbulkan masalah, bersedialah untuk diserang habis-habisan dari segala sudut persepsi yang ada.

Advertisements

One thought on “PPBM Hilang Kuasa Rundingan Dengan Pakatan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s