10 PAS Kawasan P.Pinang Kemuka Usul Putus Hubungan Dengan PKR

GEORGE TOWN: Selepas PAS kawasan Permatang Pauh dan Bayan Baru mencadangkan kepada PAS pusat agar memutuskan hubungan dengan PKR, lapan kawasan lain turut mengikut langkah sama.

Lapan kawasan itu ialah Nibong Tebal, Bukit Bendera, Balik Pulau, Jelutong, Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bukit Mertajam dan Bukit Gelugor.

Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah berkata, usul itu dikemukakan dalam mesyuarat agung PAS kawasan masing-masing dan diluluskan sebulat suara.

“Usul ini akan dibawa ke Muktamar PAS Pusat untuk dibentang dan dibahaskan,” katanya ketika dihubungi, di sini Ahad.

Beliau berkata, tiga PAS kawasan yang belum mengadakan mesyuarat iaitu Tanjung, Bagan dan Batu Kawan dijangka akan mengemukakan usul sama dalam mesyuarat agung mereka minggu depan.

Muktamar PAS akan berlangsung dari 29 April hingga 1 Mei di Kedah. – BERNAMA

Advertisements

One thought on “10 PAS Kawasan P.Pinang Kemuka Usul Putus Hubungan Dengan PKR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s