DAP Tolak Cubaan PPBM Mahu Jadi ‘Abang Sulung’ Dalam Pakatan Harapan

AIDCNews – 28/03/17 –DAP menolak cadangan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya parti dominan kaum Melayu mengetuai Pakatan Harapan (PH) untuk melawan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum nanti.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke mengkritik Muhyiddin dengan mengatakan PH tidak mempunyai mana-mana parti yang dominan dan menegaskan tiada konsep ‘abang sulung’ atau ‘adik bongsu’ dalam parti pembangkang.

“Tiada abang sulung atau adik bongsu dalam PH. Kita gabungan politik yang ada parti ada kekuatan sama. Tiada yang dominan,” kata Loke dalam sidang media di Parlimen semalam.

Anthony berkata perkara itu membezakan antara PH dengan BN dan mereka tidak berhasrat untuk meniru pendekatan sama seperti BN.

“Itu perbezaan ketara antara PH dan BN, bukan kita nak tiru pendekatan BN,” ujarnya.

Dalam pada itu, Loke juga membidas Muhyiddin yang seolah-olah cuba membawa cara UMNO dalam PH kerana hakikatnya kekuatan parti dalam PH adalah sama rata dan saling memerlukan.

“Apa yang buat PH kuat adalah kerana kita parti yang sama kuat dan peranan sama rata.

“Rakyat MALAYSIA tak mahu wujud lagi satu UMNO dalam PH. Kami terbuka untuk sebarang cadangan. Tak semua cadangan PPBM akan kita setuju,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin dalam ceramahnya di Kota Kiri, Padang Rengas, pada Sabtu lalu mencadangkan supaya PH dipelopori oleh parti yang berteraskan Melayu bagi mewujudkan keyakinan rakyat untuk melawan BN.

Kata Muhyiddin, gerakan yang akan dipelopori oleh pembangkang mestilah organisasi yang diketuai Melayu, majoritinya Melayu tetapi parti-parti lain yang bergabung dalam PH akan menjadi sebahagian daripadanya.

Muhyiddin juga mencadangkan gabungan pembangkang dinamakan “Barisan Rakyat” bagi menentang BN.

Advertisements

2 thoughts on “DAP Tolak Cubaan PPBM Mahu Jadi ‘Abang Sulung’ Dalam Pakatan Harapan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s