Pakatan Harapan Tolak Cadangan Muhyiddin Ganti Nama ‘Barisan Rakyat’

AIDCNews – 28/03/17 –Pakatan Harapan (PH) menolak cadangan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencadangkan nama gabungan pembangkang itu ditukar kepada Barisan Rakyat.

Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu berkata nama gabungan pembangkang kekal PH dan akan didaftarkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dalam masa terdekat.

“Kami dari Pakatan Harapan hari ini bermesyuarat dengan rasminya bersama parti bersatu (PPBM), yang hadir sebagai anggota penuh dalam Pakatan Harapan.

“Selepas ini, empat parti ini (DAP, PKR, PAN dan PPBM) akan terus bermesyuarat, berbincang terutama sekali untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang.

“Kami juga telah membuat keputusan untuk mendaftar Pakatan Harapan di mana 18 orang pimpinan tertinggi, nama mereka dimasukkan untuk mendaftar Pakatan Harapan sebagai satu pakatan untuk hadapi pilihan raya yang akan datang. Itu keputusan yang kita buat hari ini,” katanya kepada wartawan selepas mesyuarat semalam.

Tambahnya, Pakatan Harapan juga turut bersetuju untuk satu logo dan manifesto bersama.

Sebelum ini, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mencadangkan mencadangkan Pakatan Harapan ditukar nama kepada Barisan Rakyat, gabungan berteraskan kepimpinan Melayu, bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) dengan lebih mantap.

Muhyiddin Syor Barisan Rakyat Ganti Pakatan Harapan

Advertisements

One thought on “Pakatan Harapan Tolak Cadangan Muhyiddin Ganti Nama ‘Barisan Rakyat’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s