Dijangka Kesemua 13 Kawasan PAS Pulau Pinang Usul Putus Hubungan Dengan PKR

YANG Dipertua Pas Permatang Pauh, Omar Hassan (duduk tengah) bersama ahli jawatankuasanya menunjukkan usul menyatakan pendirian rasmi memutuskan kerjasama politik dengan PKR melalui undian sebulat suara usul Mesyuarat Tahunan Pas kawasan, baru-baru ini. Turut sama Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat merangkap Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali (duduk kiri)

PULAU PINANG – Hanya Pas Kawasan Tanjung sehingga kini belum membuat ketetapan memutuskan hubungan politik atau tahaluf siyasi dengan PKR negeri ini.

Bagaimanapun, usul itu dijangka diluluskan sebulat suara dalam mesyuarat agung tahunan Pas kawasan tersebut yang akan diadakan pada 31 Mac ini.

Setakat semalam juga, 12 daripada keseluruhan 13 kawasan Pas di negeri ini meluluskan sebulat suara usul menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR sekali gus memberi gambaran kerjasama antara kedua-dua parti tersebut di negeri ini bakal menemui titik noktah.

Kawasan Pas yang meluluskan usul menamatkan kerjasama itu adalah Batu Kawan; Bagan; Nibong Tebal; Permatang Pauh; Bayan Baru dan Bukit Bendera.

Turut berbuat demikian adalah Pas Kawasan Balik Pulau; Jelutong; Kepala Batas; Tasek Gelugor; Bukit Mertajam dan Bukit Gelugor. – UTUSAN ONLINE

Advertisements

2 thoughts on “Dijangka Kesemua 13 Kawasan PAS Pulau Pinang Usul Putus Hubungan Dengan PKR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s