Hubungan Dengan PKR, Tunggu Keputusan Muktamar – Iskandar

AIDCNews – 29/03/17 – Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata hubungan politik PAS dan PKR di negeri itu belum putus selagi Muktamar PAS belum membuat keputusan mengenainya.

Iskandar yang juga salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor turut mendedahkan terdapat usaha-usaha daripada saingan politiknya, PAN yang sedang bekerja keras untuk mengeluarkan PAS daripada pentadbiran kerajaan negeri.

“Saya tidak hairan cybertrooper dan blogger PAN, pro PAN dan yang PAN tapi mengaku PAS hentam saya sebab saya kata PAS tidak akan keluar dari kerajaan negeri Selangor kerana tak mahu PAN masuk.

“Mereka memang hendak lenyapkan pengaruh PAS dalam kerajaan. Presiden (PAS) pun tak buat keputusan lagi. Tunggulah Muktamar,”katanya dalam Facebook hari ini.

Sementara itu, Hanisya Abdul Hamid berkata jika kawasan PAS yang diwakili Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang iaitu Marang sendiri mengusulkan agar tahaluf siyasi dengan PKR diputuskan, ia memberi signal yang bahaya.

“Kalau dah PAS Kawasan Marang di mana Tuan Guru Haji Hadi menjadi MP-nya dah luluskan usul PAS putuskan tahaluf siyasi dengan PKR

Ikut akal logik … Harapan dikira amat cerah pada Muktamar ke-63 hujung bulan depan di Alor Setar Kedah, PAS putus tahaluf siyasi dengan PKR,”katanya.

Semalam, Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat mengesahkan PAS kawasan Marang merupakan salah satu daripada empat daripada PAS negeri yang sebulat suara meluluskan usul agar parti itu memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

Kata Satiful Bahari, selain Marang, tiga kawasan lagi adalah Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

“Itu adalah suara di peringkat akar umbi. Mereka berhak mencadangkan usul itu untuk perhatian pemimpin tertinggi parti pada Muktamar PAS nanti, seterusnya keputusan akan dimuktamadkan oleh Majlis Syura.

“Bagi PAS Terengganu, kita buka ruang dan peluang seluas-luasnya untuk akar umbi menyuarakan pendapat mereka pada mesyuarat agung tahunan… seterusnya mengusulkan perkara itu ketika Muktamar PAS berlangsung di Kota Sarang Semut, Kedah pada 28 April depan,” katanya
\

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s