Orang Azmin Terus Asak Pimpinan PAS

AIDCNews – 29/03/17 – Walaupun lima hari lepas, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengeluarkan kenyataan seolah-olah cuba mengendurkan ketegangan hubungan PKR dan PAS khususnya di Selangor, namun ia tidak selari dengan tindakan.

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata kemelut itu dapat diselesaikan dengan cara berbincang dan kedua-dua pihak tidak perlu berlawan-lawan mengeluarkan kenyataan yang tidak membawa apa-apa kebaikan kepada mana-mana parti.

Sejurus selepas itu, Azmin telah menukar foto di Twitter, Facebook dan Instagram kepada imej ‘Pak Lebai’.

Walau bagaimanapun seruan ‘perdamaian’ Azmin seumpama ‘manis dibibir’ dan penukaran imej ‘Pak Lebai Azmin seumpama sekadar bahan sindiran apabila orang-orang Azmin terus mengasak pimpinan PAS khususnya dari aliran ulamak.

Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Talha mengkritik Ketua Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan sebagai budak suruhan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Malah Haniza meminta Wan Hasrina tutup mulut kerana beliau telah dilantik sebagai salah seorang Ahli Majlis Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) oleh kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Azmin.

Diikuti dengan kenyataan Setiausaha PKR Selangor, Borhan Aman Shah yang menuduh tiga pimpinan PAS iaitu Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Dewan Pemuda Nik Abduh dan ahli jawatankuasa Dr Zuhdi Marzuki sebagai ejen pencetus krisis PKR dan PAS.

Manakala, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Shuhaimi Shafie pula melabel Nik Abduh dengan gelaran hodoh yang diumpamakan seorang yang ‘terkentut di khalayak ramai’.

Azmin sendiri turut menyerang ‘Tok Lebai’ sebagai berperangai hodoh di sebalik pakaian lebai.

Malah, Azmin secara terbuka mengkritik Presiden PAS, Abdul Hadi supaya menjaga tutur katanya.

Terbaharu, Twitter @PecatFaekah (di atas) menyindir Ketua Penerangan PAS Pusat,  Nasrudin Hassan Tantawi dengan sindiran ‘dedak 2 juta’, Vellfire, Panamera dan Audi Q7.

Twitter @PecatFaekah merupakan penyokong totok Azmin yang sebelum ini berkempen habis-habisan untuk menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Advertisements

2 thoughts on “Orang Azmin Terus Asak Pimpinan PAS

  1. MB tak tau malu sebab sanggup membiarkan isteri nya di hentam oleh DSAI. MB sanggup jadi suami dayus hingga lahirkan anak luar nikah

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s