Impian DAP ‘Malaysian Malaysia’ Bercanggah Semangat Perlembagaan Persekutuan

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengetuai delegasi DAP merakamkan ucapan takziah di atas kematian Lee Kuan Yew di Kedutaan Singapura di Kuala Lumpur pada 25 Mac 2015

AIDCNews – 30/03/17 – Impian DAP yang memperjuangkan ‘Malaysian Malaysia’ adalah bercanggah dengan semangat Perlembagaan Persekutuan, dakwa Team Penyelidik Malaysia.

Menurutnya konsep ‘Malaysian Malaysia’ yang diperjuangkan DAP iaitu untuk menjadikan semua kaum menikmati hak sama adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang dirangka oleh Suruhanjaya Reid yang mengubal undang-undang itu pada tahun 1956 dengan mewartakan kedudukan hak keistimewaan orang Melayu berkaitan soal bahasa, agama dalam Perkara 152 dan 153.

Tambahnya lagi, konsep ‘Malaysian Malaysia’ yang diperjuangkan Lee Kuan Yew, Setiausaha Agung PAP yang diwarisi DAP seumpama mahu berperang melalui pintu belakang terhadap Yang di-Pertuan Agung Malaysia.

Selepas Persekutuan Tanah Melayu dimasyhurkan sebagai sebuah negara merdeka 31 Ogos 1957; kedudukan hak keistimewaan orang Melayu berkaitan soal bahasa, agama dalam Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam Perlembagaan Persekutuan itu juga turut mewartakan kedudukan hak keistimewaan orang-orang Melayu berkaitan dengan tanah, jawatan dalam kerajaan, peruntukan biasiswa dan bantuan ekonomi.

Hak-hak istimewa orang Melayu adalah di bawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Segala perubahan baharu berkenaan dengan hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Selanjutnya, sila baca “Impian DAP ‘Malaysian Malaysia’ Menyalahi Semangat Perlembagaan Persekutuan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s