Pakatan Harapan Bukan Gabungan Parti Berteraskan Melayu

AIDCNews – 30/03/17 –Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada DAP, PKR, PAN dan PPBM bukan merupakan gabungan parti-parti pembangkang yang berteraskan Melayu.

Dakwaan itu dibuat oleh laman suarapakatanharapan.com yang mengupas keputusan Mesyuarat Majlis Presiden PH yang dipengerusikan Presiden PAN, Mohamad Sabu pada Selasa menolak cadangan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu PH dijenamakan semula sebagai Barisan Rakyat berteraskan parti Melayu.

“Dengan menjadikan Pakatan Harapan sebagai parti berteraskan Melayu, ia bermaksud Pakatan Harapan tidak ada jauh beza dengan BN.

“Bagaimana kita boleh menentang BN kalau dalam masa yang sama kita mahu menjadi seperti mereka? Perkara ini sudah tentu tidak masuk akal.

“Bagaimanapun, itu tidak mengubah hakikat bahawa Pakatan Harapan masih akan menjadikan seorang Melayu sebagai Perdana Menteri. Itu perkara yang sudah ditetapkan dan tidak perlu dipersoalkan lagi. Jadi untuk apa Pakatan menjadi parti yang berteraskan Melayu kalau Perdana Menteri sudah pasti orang Melayu?

“Walaupun begitu orang bukan Melayu tidak dinafikan peluang untuk menjadi Perdana Menteri,”dakwanya.

Tambah suarapakatanharapan.com dengan tidak menjadikan PH berteraskan Melayu, ia juga membawa maksud PH merupakan gabungan parti-parti pembangkang yang berteraskan sama rata.

Pakatan Harapan Tolak Cadangan Muhyiddin Ganti Nama ‘Barisan Rakyat’

DAP Tolak Cubaan PPBM Mahu Jadi ‘Abang Sulung’ Dalam Pakatan Harapan

Advertisements

One thought on “Pakatan Harapan Bukan Gabungan Parti Berteraskan Melayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s