PKR & DAP Senada Penutupan Pusat Hiburan & Judi Tugas Polis Bukan PBT

AIDCNews – 30/03/17 –PKR dilihat senada dengan DAP apabila mendakwa tugas menutup pusat hiburan dan kedai judi adalah tugas polis dan bukannya tugas Pihak Kerajaan Tempatan (PBT).

“Lesen hiburan tidak termaktub judi dan sebagai, jadi adalah kegiatan haram, ia di bawah (bidang kuasa) Kementerian Dalam Negeri (KDN -polis),”kata Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Ahli Parlimen BN, Tan Sri Datuk Seri Noh Omar menyangkal hujah itu dengan berkata PBT yang meluluskan lesen pusat hiburan dan apabila ia telah disalah guna, maka menjadi tanggungjawab PBT untuk membatalkan lesen tersebut.

Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR mempertahankan hujahnya dengan mendakwa itu bukan tugas PBT tetapi tugas pos.

“Lesen itu di bawah hiburan, ia telah membuat kerja-kerja yang tidak sepatutnya. Apabila telah dibuat laporan, maka polis kena menutup (premis itu), mengambil tindakan terhadap operator-operator yang membuat kerja-kerja yang haram,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah menegaskan kenyataan yang pernah dibuat sebelum ini bahawa pihak polis yang bertanggungjawab membanteras aktiviti judi yang semakin menular di negeri itu.

“Sekiranya, aktiviti yang dijalankan di pusat hiburan keluarga, berunsur perjudian haram, maka ia tertakluk di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang mana Pihak Polis Diraja Malaysia merupakan agensi yang bertangungjawab bagi memantau operasi pencegahan,”katanya.

Tugas Kerajaan Selangor Hanya Beri Lesen, Bukan Sita Pusat Judi – Ean Yong

Kerajaan Selangor Belum Temui Formula Banteras Judi Haram Yang Semakin Merebak

Azmin Dilihat Jadi Dalang Judi Haram Di Selangor – JMM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s