Khalid Lega Kes Saman Selesai, Bidas Azmin Berniat Jahat

Alhamdulillah pada hari Jumaat yang barakah ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menolak saman dan tuntutan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) terhadap tujuh pegawai saya yang telah menerima wang pampasan kehilangan pekerjaan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa perbuatan menerima pampasan tidak menyalahi undang-undang dan etika pentadbiran dan pengurusan kewangan MBI. Hakim juga memutuskan pembayaran pampasan berjumlah RM2.7juta tersebut telah dilakukan dengan teratur serta menurut prosedur kewangan MBI.

Sejujurnya saya tidak terkejut dengan keputusan mahkamah ini kerana amat yakin saya telah menggunakan proses yang telus dan beretika di dalam transaksi tersebut selaras dengan peruntukan di dalam Enakmen MBI.

Saya amat bersyukur keputusan yang dibuat pada hari ini kerana ianya secara langsung telah membersihkan nama saya daripada tuduhan salah laku ketika bertugas sebagai Menteri Besar.

Adalah amat jelas bahawa tuntutan pemulangan wang pampasan yang saya berikan kepada pegawai saya sebelum saya meninggalkan pejabat Menteri Besar, yang diambil oleh YAB Dato’ Menteri Besar hari ini telah dilakukan secara semberono, bermotifkan politik serta berniat jahat dengan satu tujuan; mencalar imej saya serta pasukan saya yang terbukti komited dengan pentadbiran amanah dan telus.

Saya juga tidak menolak keghairahan Menteri Besar meneruskan tindakan saman tersebut adalah sebagai usaha untuk menutup kepincangan dan ketirisan yang berlaku di dalam pentadbiran beliau. Saya menerima cubaan mencalar imej melalui persepsi ini dengan sabar dengan bersandarkan kepercayaan bahawa akhirnya rakyat akan tahu kebenaran sebenar. Pada masa yang sama saya redha di atas apa yang telah berlaku.

Saya menyeru agar kita semua di Selangor agar jangan penat daripada terus berjuang dan menuntut pentadbiran yang telus terutama dalam penstrukturan air dan perbelanjaan dana negeri.

Sikap kerajaan negeri yang masih berdegil mahu mengambil alih SPLASH dengan harga terlampau tinggi iaitu RM2.8billion sedangkan nilai ekuiti syarikat tersebut hanyalah RM800juta telah menimbulkan banyak persoalan integriti dan tanda tanya terhadap slogan Peduli Rakyat.

Jika rancangan ini diteruskan rakyat akan menanggung kos yang sangat tinggi dan tidak akan berpeluang untuk memiliki saham syarikat air yang kini telah dimiliki kerajaan negeri.

Rakyat perlu prihatin atas perbelanjaan yang telah dibuat dan memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan memberi pulangan dan nilai yang setimpal. Pentadbiran yang baik bukan sahaja diukur dari segi kemampuan mengurus sumber negeri, pertumbuhan negeri atau mengumpul duit tetapi satu kriteria yang paling utama dalam konsep pentadbiran itu ialah menghentikan ketirisan.

Walau apa-apa pun saya bersyukur rakyat Selangor masih menikmati program dan polisi Merakyatkan Ekonomi Selanagor (MES) yang saya laksanakan sejak 2008.

YB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
ADUN PELABUHAN KLANG
AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK

Advertisements

One thought on “Khalid Lega Kes Saman Selesai, Bidas Azmin Berniat Jahat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s