PAN Selangor Bakal Bertanding 5 Kerusi Parlimen & 15 DUN

AIDCNews – 01/04/17 –Parti Amanah Negara (PAN) Selangor bakal bertanding di lima kerusi Parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru dengan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pengerusinya, Ir Izham Hashim memberitahu PAN akan menumpukan kepada kerusi-kerusi yang dimenangi sebelum ini dan akan berbincang dengan PPBM di kerusi-kerusi tertentu.

“Kita akan pertahankan (kerusi Parlimen) Shah Alam, Kota Raja dan Sepang yang sudah sedia Amanah miliki. Kita juga muktamad untuk bertanding di kerusi Parlimen Hulu Langat dan Kuala Selangor.

“Dua kerusi lagi seperti Sungai Besar dan Tanjong Karang, kita boleh bincang dengan parti Bersatu sebab komposisi pengundinya sesuai dengan profil Bersatu.

“Amanah Selangor tidak akan bertanding banyak (kerusi) tapi kita mahu menang banyak iaitu peratusan menang itu tinggi. Kita tidak mahu bertanding 20 (kerusi) tapi menang lima saja.

“Kita mahu bertanding contohnya, 13 menang 12. 80 peratus menang itu lebih efisien,” jelasnya ketika ditemubual Malaysia Dateline di pejabatnya di Shah Alam hari ini.

Lima kerusi Parlimen yang disebut Ir Izham iaitu Shah Alam, Kota Raja, Sepang, Hulu Langat dan Kuala Selangor, pada PRU 13 sebelum ini ditandingi calon PAS.

Kecuali Kuala Selangor, keempat-empat kerusi Parlimen itu dimenangi calon PAS, namun kemudiannya, tiga Ahli Parlimen PAS dari Shah Alam, Kota Raja dan Sepang telah melompat parti menyertai PAN.

Ir Izham tidak menyebut 15 kerusi DUN yang menjadi sasaran parti itu, namun difahamkan ianya hampir sama yang ditandingi PAS pada PRU 13.

15 kerusi DUN yang dimenangi PAS pada PRU lalu adalah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Chempaka, Meru, Dusun Tua, Tanjung Sepat, Sabak, Gombak Setia, Bangi, Seri Serdang, Selat Klang, Sijankang, Morib dan Hulu Kelang.

Namun, dua ADUN daripada 15 iaitu Hulu Kelang dan Morib telah melompat parti menyertai PAN.

Ir Izham juga menjangkakan akan berlaku pertandingan tiga penjuru kerana sikap PAS yang enggan bermuafakat bersama Pakatan Harapan, namun beliau optimis PAN masih lagi berpotensi untuk menang.

“Kajian saya mendapati kalau berlaku tiga penjuru, Amanah berpeluang menang di kawasan yang kurang 65 peratus pengundi Melayu.

“Tapi kalau komposisi pemilih Melayu lebih tinggi daripada itu, kena kerja lebih kuat lagi untuk menang. Lainlah, kalau satu lawan satu. Itu tiada masalah di Selangor ini.

“Saya telah analisa angka terbaru daripada daftar pemilih. Jika Amanah bertanding di kerusi-kerusi yang Pas juga masuk, kita boleh memang dalam 12 hingga 13 kerusi,” katanya.

Advertisements

One thought on “PAN Selangor Bakal Bertanding 5 Kerusi Parlimen & 15 DUN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s