PAS Kurang Bijak Putus Hubungan Dengan PKR – Mohd Rashid Hasnon

AIDCNews – 01/04/17 –PAS kurang bijak apabila mengambil keputusan mengusulkan keputusan memutuskan hubungan politik dengan PKR, kata Timbalan Pengerusi PKR negeri, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Beliau merujuk keputusan PAS Kawasan Tanjung bersama 12 PAS Kawasan lain, iaitu Batu Kawan; Bagan; Nibong Tebal; Permatang Pauh; Bayan Baru; Bukit Bendera; Balik Pulau; Jelutong; Kepala Batas; Tasek Gelugor; Bukit Mertajam dan Bukit Gelugor yang telah meluluskan sebulat suara usul menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR.

Mohd Rashid berkata PKR Pulau Pinang kesal dengan tindakan PAS negeri Pulau Pinang itu, namun percaya ia hanya pandangan PAS negeri dan bukannya keputusan sebenar PAS pusat.

“Kita (PKR Pulau Pinang) tak mahu ‘respond’ terhadap usul PAS Pulau Pinang, sama ada akan ambil tindakan sama untuk putuskan tahaluf siyasi dengan PAS atau sebaliknya.

“Bagaimanapun, apa yang pasti PAS memang tak dilibatkan dalam pentadbiran kerajaan negeri, selain tempat mereka kini diganti dengan Parti Amanah Negara (PAN),” katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang dalam satu kenyataan.

Malam tadi, PAS Kawasan Tanjung mengikut jejak 12 kawasan lain yang mengusulkan parti itu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR dalam Mesyuarat Agung Tahunannya.

Dengan usul PAS Kawasan Tanjung itu bermakna kesemua 13 Kawasan PAS Pulau Pinang membuat keputusan sama iaitu mengusulkan agar hubungan tahaluf siyasi dengan PAS diputuskan.

Yang Dipertuanya, Yaacob Omar, berkata usul itu disokong sebulat suara, selepas melihat PKR gagal menghormati PAS sebagai rakan sekutu.

“Keputusan ini juga selari dengan 12 Kawasan PAS di Pulau Pinang yang mahu memutuskan tahaluf dengan PKR.

“Kita tak nampak keperluan untuk bekerjasama dengan PKR pada masa hadapan. Malah, terbukti PKR gagal memartabatkan Islam di negeri ini apabila dilihat ‘tunduk’ kepada isu campur tangan politik dalam Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang, ” katanya.

Advertisements

One thought on “PAS Kurang Bijak Putus Hubungan Dengan PKR – Mohd Rashid Hasnon

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s