GKCM Tidak Lagi Sokong Kepimpinan Pusat PPBM

Barisan kepimpinan negeri GKCM selepas mengadakan mesyuarat untuk menetapkan keputusan untuk tidak menyokong kepimpinan pusat Parti Pribumi Bersatu Malaysia hari ini
AIDCNews – 03/04/17 – Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang sebelum ini dilihat pro-PPBM hari ini membuat keputusan mengejut tidak lagi menyokong kepimpinan pusat PPBM.

Timbalan Presidennya Datuk Mohd Zin Mustapa berkata, GKCM membuat keputusan itu berdasarkan perkembangan politik mutakhir di negara ini.

“GKCM telah memulakan perubahan dalam pemikiran politik di Malaysia dan tunjang kepada pemimpin politik yang telah rebah ekoran permainan dan percaturan politik kawan dan lawan sehingga tertubuhnya PPBM, hari ini, mengambil keputusan untuk terus bersuara atas slogan keramat ‘Berani Kerana Benar’ kami.

“Sehubungan dengan itu, GKCM yang telah bermesyuarat pada hari ini telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menyokong kepimpinan PPBM pusat,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

GKCM telah mengenalpasti beberapa perkara yang menjadi punca permasalahan parti yang diterajui Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu.

“Beberapa pemimpin tertinggi parti jelas mengamalkan kronisme dengan melantik rakan-rakan mereka untuk menerajui kepimpinan Bahagian-Bahagian. Sifat inilah yang merupakan punca kerosakan bangsa Melayu sejak zaman berzaman.

“PPBM tidak berjaya menepati citarasa politik generasi masa kini dalam penjenamaan politik baharu yang ditagihkan oleh rakyat yang dahagakan perubahan.

“GKCM melihat bahawa perjuangan PPBM lebih kepada matlamat peribadi para pemimpin yang berusaha untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka daripada perjuangan untuk masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

“Berbanding dengan UMNO yang memulakan langkah dengan ikhlas dan terpuji ketika di awal penubuhannya, PPBM memulakan langkah yang sumbang dan penuh dengan sifat dan amalan lama yang buruk dan mengjengkelkan dalam amalan pilih kasih dan sifat kronisme yang memualkan. Ini tidak selari dengan apa yang telah diwar warkan ketika PPBM hendak ditubuhkan.

“Pemilihan Ketua-ketua Bahagian dari kalangan mereka yang tidak berwibawa dengan mengetepikan mereka yang telah bersusah payah sehingga PPBM diterima ramai dilihat sebagai amalan kuno yang akan memulakan keretakan besar dalam parti dan tidak boleh diterima sama sekali,” ujarnya.

Malaysia Dateline difahamkan krisis dalaman antara pimpinan tertinggi PPBM dan pimpinan GKCM hanya menunggu retak menanti belah selepas PPBM mengumumkan barisan Ketua Penaja Bahagian seluruh negeri pada 14 Februari lalu.

Pada 31 Mac lalu pengumuman sebanyak 24 bahagian lagi yang dibuat oleh Setiausaha Agung PPBM Datuk Dr Shahruddin Md Salleh hanya menyenaraikan seorang wakil GKCM iaitu Setiausaha Kerja parti itu yang juga Presiden GKCM Kamarulazman Habibur Rahman sebagai Ketua Penaja Bahagian Teluk Kemang dari Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan yang mempunyai 8 Bahagian namun ahli GKCM mendakwa jawatan bagi tujuh lagi ketua penaja bahagian di negeri itu diisi di kalangan kroni pimpinan pusat parti itu.

Advertisements

2 thoughts on “GKCM Tidak Lagi Sokong Kepimpinan Pusat PPBM

  1. GKCM pun 2 X 5, mereka pun mahukan jawatan tertinggi atas alasan mereka antara pemain utama tertubuhnya PPBM. Jawatan tak dpt, perangai pun jd mcm musibat. Eloklah begitu, moga2 BERSATU pun boleh melingkup!

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s