Kenyataan Azmin PAS Kekal Dalam Kerajaan Selangor Tidak Ubah Usul Putus Tahaluf Siyasi – Dewan Ulama PAS

AIDCNews – 03/04/17 –Kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa PAS kekal dalam Kerajaan Negeri Selangor tidak mengubah usul sesetengah kawasan PAS yang mahukan tahaluf siyasi dengan PKR diputuskan.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata PAS Selangor sememangnya akan kekal dalam kerajaan negeri itu kerana ia merupakan mandat pengundi pada PRU 13.

“Ia tiada kaitan dengan usul yang dibuat di peringkat parti untuk memutuskan hubungan dengan PKR. Itu dari sudut hubungan umum antara PAS dan PKR tetapi untuk kerajaan negeri itu adalah hak milik bersama.

“Kenapa perlu keluar dari kerajaan negeri Selangor? Itu hak kita, rumah kita kenapa nak bagi kepada orang,” katanya seperti dilapor portal berita, Isnin.

Khairuddin berkata Majlis Syura Ulama adalah penentu bagi usul memutuskan perhubungan politik antara partinya dan PKR.

Usul berkenaan dijangka menjadi hangat di kalangan perwakilan dalam Muktarmar PAS pada April ini di Kedah.

Dalam pada itu, Khairuddin mengingatkan Azmin agar tidak bersifat sombong kerana tanpa bantuan PAS, beliau tidak berjawatan Menteri Besar Selangor seperti sekarang ini.

“Azmin perlu sedar bahawa dia juga takkan menyandang jawatan sebagai Menteri Besar tanpa PAS dan tidak mungkin menang tanpa undi PAS.

“PKR tidak boleh bercakap dengan nada yang sombong kerana PRU akan datang sangat jauh berbeza dengan PRU lepas,” tegasnya.

Dua hari lepas, Azmin dilaporkan berkata PAS Selangor akan terus kekal dalam kerajaan negeri kerana ia merupakan model yang perlu dicontohi di kalangan pembangkang di peringkat nasional.

“Perkara ini (PAS keluar kerajaan) tidak perlu timbul kerana Selangor merupakan satu model pentadbiran yang cukup efektif dan berkesan dan kita telah membuktikan kerajaan dan muafakat atas kerangka bersama ini boleh membantu mengangkat martabat rakyat dan memulihkan ekonomi.

“Ini terbukti di Selangor kita ada PKR, DAP, PAS, Amanah dan PPBM, kita duduk berbincang dalam kerangka bersama dan akhirnya perpaduan ini telah disahkan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia di mana salah satu kekuatan ekonomi kerajaan Selangor ialah melalui penyatuan dalam pentadbiran ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Azmin berkata, selebihnya beliau menyerahkan mandat kepada rakyat untuk menilai keberkesanan pentadbiran sedia ada hasil gabungan, PKR, DAP, PAS dan Amanah di Selangor menerusi undi pada pilihan raya umum akan datang.

Advertisements

One thought on “Kenyataan Azmin PAS Kekal Dalam Kerajaan Selangor Tidak Ubah Usul Putus Tahaluf Siyasi – Dewan Ulama PAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s