Menjelang PRU 14 : Kerajaan PAP Singapura ‘Serang’ Malaysia Melalui Media

AIDCNews – 03/04/17 –Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), Kerajaan PAP Singapura dilihat cuba ‘menyerang’ Malaysia melalui medianya, MediaCorp, milik Temasik Holding Pte Ltd.

MediaCorp Channel 5 melalui rancangannya “OK Chope” menyediakan slot untuk mempersendakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain selebriti bukan Melayu, artis Najib Ali yang menjadi juri Maharaja Lawak Mega Astro Malaysia juga turut mencipta kata-kata yang memperlekehkan PM Malaysia.

Di Malaysia, kata-kata yang memperlekehkan Najib Razak selalu dituturkan oleh aktivis-aktivis DAP khususnya oleh penasihat parti itu sendiri, Lim Kit Siang

Sementara itu, mynation.news melaporkan Menteri Undang-Undang Singapura, K Shanmugam telah melabelkan Melayu di Malaysia dengan label yang negatif iaitu sebagai ‘pengganas’ :

Menteri Undang-Undang Singapura, K Shanmugam bukan sahaja memperlekeh kaum Melayu sebagai ‘terlalu banyak wakil’ bagi kesalahan jenayah dan statistik penyalahgunaan dadah serta penjara malah turut mengheret negara jirannya secara biadap.

Menurut laporan media haluan kiri Singapura, States Times Review, Shanmugam didakwa membuat kenyataan itu ketika bercakap di sebuah seminar dihadiri pemimpin akar umbi parti PAP di republik itu.

“Melayu Singapura hari ini pada kedudukan pendidikan, skil dan kekayaan adalah lebih baik dari Melayu di Malaysia atau di Indonesia. Sama juga seperti kaum India, dan Cina di Singapura.

“Menteri K Shanmugam turut memberitahu, masyarakat Islam Singapura mereka tidak sepatutnya menjadi seperti orang Islam di Malaysia kerana di Malaysia mereka taksub dengan kumpulan pengganas,” lapor States Times Review.

Dalam pada itu, Kementerian Luar digesa mengeluarkan nota protes membidas kenyataan Shanmugam itu yang dianggap boleh meretakkan hubungan diplomatik dua negara berjiran ini.

Timbalan Pengerusi Perkara, Sirajuddin Salleh berkata kenyataan itu adalah satu penghinaan dan tidak diplomatik terhadap Yang Di Pertuan Agong dan kerajaan Malaysia.

“Malaysia dan Singapura adalah jiran terdekat dan sepatutnya mempunyai hubungan diplomasi yang baik.

“Saya berharap Wisma Putra akan mengeluarkan satu nota tegas,” katanya.

Advertisements

2 thoughts on “Menjelang PRU 14 : Kerajaan PAP Singapura ‘Serang’ Malaysia Melalui Media

  1. jangan lupa kemarahan mereka juga kerana projek di pengerang dan kes batu putih.

    dan drama cina terbitan mediacorp bersepah sepah di ntv7 dan 8tv milik media prima.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s