Dewan Pemuda PAS Akan Bawa Usul Putus Hubungan Dengan PKR -Nik Abduh

AIDCNews – 04/04/17 – Dewan Pemuda PAS pusat berkemungkinan yang membawa usul berkaitan kerjasama politik dengan PKR yang dijadual berlangsung di Kedah, penghujung April depan.

Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ia berikutan beberapa kawasan yang mengadakan mesyuarat agung di peringkat pemuda telah sebulat suara untuk membawa usul berkenaan ke dalam muktamar.

“Ada yang telah membuat usul supaya dikaji atau diputuskan terus hubungan dengan PKR dalam Muktamar Pemuda PAS. Perkara ini kita ketahui melalui media dan ada juga disampaikan secara terus.

“Saya fikir, kalau usul itu ditolak (kekal hubungan), ia akan terhenti setakat itu sahaja tetapi kalau menerima (putus hubungan) maka usul terbabit akan dibawa pula ke dalam Muktamar PAS Pusat untuk diputuskan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pemuda PAS Perak Kali Ke-34 di HOTEL MH, pada Ahad.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Mohd Akmal Kamaruddin meminta pimpinan tertinggi parti mengkaji semula hubungan kerjasama yang dijalinkan bersama PKR kerana parti Keadilan tidak serius dalam menjaga hubungan politik.

Malah, katanya, ada di kalangan pemimpin parti PKR yang telah menghina PAS secara terbuka.

“Dalam tindak-tanduk PKR yang dilihat kadang-kadang bermain api, PKR mencerca dan menghina kita secara terbuka tetapi pada masa yang sama merayu supaya kerjasama ini diteruskan.

“Politik apakah yang cuba disajikan kepada kita dan juga rakyat?, ” katanya, ketika berucap dalam Muktamar Tahunan Pemuda PAS Perak Kali Ke-34.

Advertisements

One thought on “Dewan Pemuda PAS Akan Bawa Usul Putus Hubungan Dengan PKR -Nik Abduh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s