Otai Reformis Mohon Bantuan Trump Bebaskan Anwar

KUALA LUMPUR – Penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memohon bantuan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bagi membebaskan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Penjara Sungai Buloh.

Kumpulan penyokong PKR fanatik Anwar yang menggelarkan diri mereka sebagai Otai Reformis 1998 memaklumkan wakil mereka akan hadir ke Kedutaan AS di MALAYSIA pada 6 April ini bagi tujuan itu.

“Otai Reformis 1998 akan hantar delegasi untuk bertemu pegawai AS bagi mendapatkan perhatian Presiden AS berhubung pemenjaraan Anwar pada pukul 11 pagi, 6 April 2017,” kata Setiausahanya, Abdul Razak Ismail dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati salah oleh mahkamah meliwat seorang lelaki lain yang juga pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan beberapa tahun lalu.

Pemimpin Pakatan Harapan selama ini bagaimanapun mewar-warkan kepada masyarakat luar negara kononnya Anwar merupakan seorang tahanan politik bagi mendapatkan campur tangan kuasa asing.

Ini bukan kali pertama penyokong Anwar berbuat demikian malah ketika beliau dipenjara pada 1999, mereka pernah meminta presiden AS ketika itu, Bill Clinton ‘menggulingkan’ Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Namun, kumpulan itu tidak berani memohon bantuan Barack Obama sepanjang lapan tahun pentadbirannya kerana hubungan baiknya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – MYNEWSHUB.CC

Advertisements

One thought on “Otai Reformis Mohon Bantuan Trump Bebaskan Anwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s