Bagaimana Siti Kasim Boleh Jatuh Murtad – Mufti Perak


KUALA LUMPUR– Tan Sri Dr. Harussani Zakaria hari ini menjelaskan bagaimana peguam liberal, Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim boleh jatuh murtad dengan dakwaannya mengatakan kewujudan Allah daripada getaran.

Mufti Perak itu berkata, kenyataan Siti Kasim secara tidak langsung boleh ditafsirkan seolah-olah wujud tuhan baharu yang dihasilkan daripada getaran dimana ia adalah menyimpang sama sekali dengan ajaran agama Islam.

“Mana boleh tak salah, kalau tuhan boleh dijadikan dengan getaran maknanya tuhan kita jadi baharu, macam mana Tuhan ciptakan alam?

“Getaran itu daripada alam, jadi kalau tuhan itu daripada alam maknanya ia baharu, maka tuhan baharu itu tidak betul,” kata kepadanya MalaysiaGazette selepas ditanya mengenai rasa tidak puashati Siti Kassim semalam apabila dia didakwa boleh murtad oleh mufti itu sebelum ini.

Malah Siti Kasim tidak berpuas hati dengan kenyataan Harussani menyifatkan Harussani membuat fitnah besar terhadapnya sambil menyindir mufti itu boleh dikenakan 80 kali sebatan berdasarkan hukuman syariah.

Harussani kemudiannhya menerangkan tuhan tidak boleh dicipta oleh sesuatu seperti makhluk dan sekiranya individu tersebut membuat persamaan dengan makhluk maka ia boleh jadi sudah murtad dan syirik.

“Jadi (Allah) bukan terjadi daripada sesuatu, kalau terjadi dari sesuatu ia macam makhluk. Bila kita menyamakan Tuhan dengan makhluk kita sudah jadi murtad dan syirik. Seseorang itu boleh terpesong akidah dengan mengatakan tuhan terjadi daripada sesuatu itu maknanya sudah terpesong akidah,” katanya lagi.

Sebelum ini, Harussani membidas Siti Kasim supaya tidak sewenang-wenangnya menyentuh perkara tauhid dalam agama Islam kerana itu bukan bidangnya dan lebih bahaya ia boleh menjurus seseorang muslim itu menjadi murtad.

Ia ekoran kenyataan Siti Kasim berhubung tuhan dalam satu temu bual dalam talian dengan media berbahasa Cina beberapa tahun lalu.

Menurut Siti Kasim, lelaki tersebut mendakwa bahawa tuhan itu wujud melalui ‘tenaga’ yang dihasilkan dalam diri manusia, iaitu setiap daripadanya bergantung sama ada ia mempunya aura tenaga positif ataupun negatif.

“Kita ada aura tenaga positif yang baik, oleh itu saya percaya tuhan yang ‘baik’ akan dihasilkan akan tetapi sekiranya terdapat kenegatifan di kalangan kamu, lalu kamu akan menghasilkan tuhan yang ‘jahat’,” kata Siti Kassim sebelum ini. – MalaysiaGazette

Siti Kasim Sudah Murtad ?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s