Kes Salleh Man, Aktivis PKR Yakin PAS Tidak Akan Putuskan Tahaluf Siyasi

AIDCNews – 05/04/17 –Walaupun kesemua Kawasan PAS Pulau Pinang sebulat suara mengemukakan usul untuk memutuskan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan PKR, namun aktivis PKR berpendapat perkara itu tidak akan berlaku pada Muktamar PAS Ke-63 di Kota Sarang Semut, Kedah, penghujung April nanti.

Zulkifli Mohamed, Pegawai Khas kepada Dato’ Abdul Malik Abul Kassim Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkata PAS tidak akan memutuskan hubungan dengan PKR berdasarkan kedudukan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man.

Menurutnya, walaupun 13 Kawasan PAS Pulau Pinang mengusulkan putus hubungan dengan PKR, namun ADUN tunggal PAS, Salleh Man yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menyokong kerajaan negeri yang diperintah DAP.

Tambahnya, walaupun sedikit berbeza, namun kedudukan Salleh Man yang menyokong Kerajaan DAP Pulau Pinang, hampir sama dengan kes Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar A Samad bersama dua exco PAS lain dalam kerajaan bersama PKR dan DAP di Selangor.

“KADUN Permatang Pasir, Permatang Pauh kerusi tunggal PAS di Pulau Pinang.

“Walaupun, PAS putuskan hubungan dengan DAP dan PKR di Pulau Pinang, tapi ADUN tunggalnya masih di blok kerajaan.

“Sebab itu, PAS takkan putus hubungan dengan PKR Selangor. Di sana kitab lain,”katanya dalam Facebook.

Pegawai Khas kepada Exco Kanan PKR dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkata demikian dengan merujuk kepada satu program kenduri rakyat (poster di bawah) dianjurkan KADUN Permatang Pasir yang bakal dirasmikan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Salleh Man Tidak Setuju Usul Putus Hubungan Dengan DAP Oleh Dewan Ulama PAS Pusat

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s