Khairuddin Gesa Tun Mahathir Dilantik Penasihat Bersama Pakatan Harapan

AIDCNews – 05/04/17 –Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, digesa supaya dilantik sebagai penasihat bersama Pakatan Harapan, bersekali dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Gesaan itu dibuat oleh Timbalan Presiden Parti Generasi Baru, Datuk Khairuddin Abu Hassan, yang menegaskan pelantikan Mahathir akan meringankan bebanan tanggungjawab Wan Azizah.

“Saya amat simpati dengan bebanan kerja Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sekian lama berjuang menerajui barisan pembangkang.

“Kita harus memberi banyak ruang kepada Mahathir dan Wan Azizah untuk tumpu pada perancangan strategik kerja-kerja Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Khairuddin, langkah ini amat penting kerana semua parti-parti politik pembangkang akan bertanding di bawah Pakatan Harapan secara satu lawan satu dengan menggunakan satu logo pada PRU14 kelak.

“Minda dan tenaga harus diberikan secara lebih kepada Pakatan Harapan agar menjaminkan kejayaan cemerlang barisan pembangkang pada PRU14 yang akan datang,” katanya.

Pada 29 Mac lalu, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad memberitahu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan telah bersetuju untuk membentuk 18 ahli jawatankuasa protem di mana Mahathir dan Wan Azizah akan dilantik sebagai penasihat jawatankuasa protem Pakatan Harapan.

“Daripada 18 ahli, 16 akan dibahagikan sama rata oleh empat parti, manakala dua kedudukan istimewa diberikan kepada Wan Azizah dan Tun Mahathir,” katanya.

Katanya, pemilihan Wan Azizah dan Mahathir sebagai penasihat kerana akan memegang jawatan sama dan mereka sama-sama penting.

Bagaimanapun, katanya, semua ini bergantung kepada terma dan syarat serta prosedur yang digariskan oleh Pendaftar Pertubuhan berhubung pendaftaran parti komponen.

Dalam pada itu, Khalid menafikan bahawa 18 ahli jawatankuasa protem itu adalah kabinet bayangan PH.

Namun, dakwaan Khalid Samad itu disangkal oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng keesokkan harinya yang menegaskan siapa yang bakal dilantik menganggotai jawatankuasa protem PH belum diputuskan oleh Majlis Presiden PH.

“Kami belum membuat sebarang keputusan mengenainya kerana jawatankuasa penaja itu belum melantik pemegang jawatan. Perkara itu akan hanya diputuskan pada mesyuarat akan datang,” katanya pada sidang media.

Bagaimanapun, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata DAP sudah membuat keputusan tentang empat anggotanya yang akan menganggotai jawatankuasa berkenaan.

“Tetapi, saya tak boleh umumkannya sekarang, kami akan umumkan bersama-sama pemimpin Pakatan Harapan yang lain,” katanya.

Kecelaruan jawatankuasa protem PH turut menarik perhatian Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, Penasihat DAP Lim Kit Siang sepatutnya menyandang jawatan pengerusi Pakatan Harapan memandangkan DAP merupakan parti terbesar dalam pakatan tersebut.

Beliau berkata jika Kit Siang melantik orang Melayu untuk menyandang jawatan itu, ternyata ia adalah muslihat untuk memperdaya pengundi Melayu.

“Lim Kit Siang jangan cuba perlekeh dan perdaya minda orang Melayu terhadap hakikat sebenar iaitu Pakatan Harapan dikuasai dan dimiliki oleh DAP.

“Kita semua tahu bahawa DAP adalah sebuah parti yang didominasi oleh kaum Cina dan Lim Kit Siang tidak pernah memberi ruang kepada kaum Melayu,” katanya dalam kenyataan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu juga berkata Kit Siang perlu memegang jawatan pengerusi jika mahu membuktikan pakatan itu bukan ‘Pakatan Ali Baba’.

Ismail Sabri berkata orang Melayu perlu sedar bahawa Kit Siang perlukan undi orang Melayu sebagai batu loncatan untuk menguasai Putrajaya.

Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebelum ini dilaporkan akan mengemukakan permohonan untuk pendaftaran rasmi kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Mahathir dan Wan Azizah diumumkan sebagai penasihat bersama jawatankuasa pro-tem pakatan itu dengan penyandang jawatan pengerusi masih menjadi tanda tanya.

Advertisements

One thought on “Khairuddin Gesa Tun Mahathir Dilantik Penasihat Bersama Pakatan Harapan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s