Mahfuz Tak Hadir Muktamar Pun Tak Apa – Tuan Ibrahim


SHAH ALAM: Ketiadaan bekas ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar ke Muktamar parti yang bakal berlangsung hujung bulan ini tidak akan memberi sebarang kesan kepada perhimpunan tersebut.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, perhimpunan itu hanyalah diwajibkan kepada barisan perwakilan parti, justeru ketiadaan Ahli Parlimen Pokok Sena itu tidak menjadi satu krisis atau halangan kepada acara tahunan itu.

“Muktamar perwakilan sahaja yang hadir ataupun pemerhati, kalau dia nak jadi pemerhati dia hadirlah tapi yang tentu hadir, perwakilan saja. Yang bukan perwakilan tak terlibatlah, dia tak terlibat pun (tak apa),” katanya.

Beliau memberi reaksi terhadap kenyataan Mahfuz semalam, yang memberitahu tidak mengetahui bahawa Muktamar PAS akan berlangsung pada hujung bulan ini.

Malah katanya, beliau juga tidak akan menyertai himpunan itu kerana tiada sebarang jemputan yang diterima.

Muktamar PAS yang diadakan buat kali ke-63 telah dipercepatkan ke bulan ini berbanding bulan Jun pada tahun-tahun sebelumnya.

Antara isu yang bakal dibangkitkan pada Muktamar kali ini ialah berkenaan dengan tahaluf siyasi PAS dengan PKR, dan strategi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Selain itu, ia juga diadakan bagi menyaksikan pemilihan parti peringkat tertinggi dan sayap PAS.

Bagi pemilihan diperingkat pusat, ia melibatkan jawatan presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 18 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, manakala bagi peringkat sayap, ia melibatan ketua, timbalan dan naib – AP

Advertisements

One thought on “Mahfuz Tak Hadir Muktamar Pun Tak Apa – Tuan Ibrahim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s