Perbualan Telefon Presiden Trump Dengan DS Najib Razak


Al-Azharri Siddiq Kamunri1. Dalam kunjungan terbaharu saya ke Washington DC, saya rasa banyak beza dengan kunjungan saya pada tahun 2015. Ketika mendarat di Washington airport, pengunjung luar negara berbaris dalam 7 baris, mengambil masa dekat 2 jam untuk saya sampai di kaunter imigresen. Kebanyakannya adalah pakar-pakar jantung dari seluruh dunia, kebetulan wakil negara kita Malaysia dari UPM, turut membentangkan tajuk ‘Assessment Left Ventricular Strain and its Clinical Correlatons in Isolated Left Ventricular Non-Compaction’ di American Colllege of Cardiology di Washington DC.

Saya terlupa membawa sarung tangan dan memakai kasut yang tidak sesuai. Sisa-sisa salji memperlahankan pergerakan saya.
 
2. Pada tahun ini, saya dan pengunjung dari negara lain tidak dapat mendekati White House. Pihak keselamatan tidak membenarkan. Saya diberitahu beberapa hari sebelumnya, ada cubaan untuk menceroboh White House. Oleh itu, kami hanya dapat bergambar dari jauh. Bangunan Capital juga sudah siap, berbanding tahun 2015 dan 2016 masih dalam penambahbaikan.
 
3. Dalam perbualan saya dengan diplomat di Washington, saya diberitahu Presiden Trump baru-baru ini telah bercakap dengan DS Najib melalui telefon. Dalam perbualan itu, Presiden Trump telah mempelawa DS Najib untuk melawat Amerika Syarikat. Saya dimaklumkan, DS Najib tidak menolak pelawaan Presiden Trump sebaliknya akan memenuhi pelawaan itu pada masa yang sesuai.
 
4. Saya bertanya diplomat tersebut, adakah Presiden Trump akan melawat Malaysia. Jawapannya ya, tetapi tidak dinyatakan masa. Ini menunjukkan hubungan akrab Presiden Trump-DS Najib sudah lama berlaku, kerana itulah semasa mula-mula menjadi Presiden Amerika, Trump telah menghantar tweet tentang hubungan baiknya termasuk pernah bermain golf dengan DS Najib. Nampaknya, teori golf for diplomatic adalah benar.
 
5. Saya juga dimaklumkan hubungan di antara Amerika Syarikat-Malaysia semakin bertambah baik. Tidak ada isu besar antara dua negara ini melainkan isu-isu sejagat dan kemanusiaan dunia. Presiden Trump amat menghormati DS Najib. Saya dimaklumkan dalam perbualan telefon itu, Presiden Trump mahu hubungan baik dengan Malaysia diteruskan.
 
6.  Hari ke-5 di bumi Amerika Syarikat, saya menaiki bas menuju ke Philadelphia untuk bertemu jiran-jiran lama saya. Alhamdulillah, saya sangat gembira melihat anak-anak jiran saya semakin maju dalam sekolah. Salah seorang mendapat tawaran daripada kerajaan Amerika Syarikat untuk melanjutkan pendidikannya di sekolah yang terbaik di Philly. Seorang lagi jiran saya baharu sahaja melahirkan seorang anak perempuan.
 
7.  Saya menumpang di rumah sebuah keluarga Melayu yang sedang melakukan post doc di Wharton School, University Pennsylvania.
Prof Shamsul (UKM) Membentangkan tajuk “Redefining “Unity” in Malaysia
Ditemani Prof Jayum Jawan
Disaman Polis Amerika
8.  Tiga hari kemudian, kami menyewa sebuah mini van menuju ke Ohio University dengan harga USD490 termasuk insuran. Dalam perjalanan itu, kami telah disaman USD120 kerana melebihi kelajuan yang dibenarkan iaitu 86 batu sejam, sepatutnya tidak melebihi 80 batu sejam. 
 
9.  Selepas 10 jam perjalanan, saya tidur di rumah penyelia sarjana saya Profesor Jayum Jawan. Beliau adalah penyandang ke-15 Kerusi Tun Razak (establish 1980), Ohio University dan pada masa yang sama bertugas sebagai Profesor Pelawat di Ohio University.
 
10.  Saya menunjukkan dan berbincang mengenai thesis kedoktoran saya. Beliau mencadangkan beberapa perubahan dan cadangan penambahbaikan.
Bertemu semula Prof Emeritus Donald L. Horowitz
Beliau pernah bertugas di UM dan UKM sekitar tahun 1960an
11.  Esoknya kami mula sibuk dengan Conference “Malaysia and the World: Cross-Regional Perspectives on Race, Religion and Ethnic Identity”. Beberap nama besar turut hadir iaitu VC UPM, Prof Datin Paduka Aini Ideris, Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin (UKM), Donald L. Horowitz (Duke University), Profesor Meredith Weiss (State University of NY),  Profesor Ahmad Tarmizi Talib (UPM’s Visiting Profesor di Wailalak University, Thailand), Profesor Stanley Bye Kadam Kiai (UNIMAS), Dr. Sarjit (UPM).
 
12.  Sebuah jurnal antarabangsa bertajuk Tun Razak Occasional Paper 1 dengan tema “Nation-Making in Malaysia, Issues and Challengs” turut dilancarkan oleh VC UPM, di mana saya turut menyumbangkan sebuah artikel.
 
13.  Pada hari ke 10, saya melakukan penerbangan balik ke Malaysia. Semasa di Colombus airport, saya terpaksa membayar USD50 kerana saya terlupa membeli luggage. Manakala semasa di Chicago airport, saya didenda USD250 oleh Qatar Airways kerana lebih berat. Semuanya adalah pengalaman baru yang sangat berguna. 
 
VC UPM, Datin Paduka Prof Aini Menyampaikan Key Note ‘Research Universites as a Tool to Generate Knowledge for Nation Building – Malaysian Perspective”

 

Jurnal Antarabangsa Tun Abdul Razak Dilancarkan  Oleh VC UPM Di Amerika Syarikat
 
Advertisements

One thought on “Perbualan Telefon Presiden Trump Dengan DS Najib Razak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s