Ahli Parlimen PKR, DAP & PAN Marah Perbahasan RUU Akta 355 Ditangguh

AIDCNews – 06/04/17 –Ahli Parlimen Pakatan Harapan marah apabila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan sesi perbahasan usul Rang Undang-undang Akta 355 yang dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sesi akan datang yang dijadualkan berlangsung pada 24 Julai depan.

“Apa ini ? “kata Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang juga Pengerusi Biro Guaman DAP pusat.

Turut bangkit meluahkan rasa tidak puas hati adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang juga Pengarah Komunikasi PAN.

Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden PKR Rafizi Ramli kemudian bangun seolah-olah mahu menjadi hero.

“”Adalah sangat tidak adil membenarkan satu hari mendengar hujah di sebelah pihak (PAS) tanpa memberi peluang kepada menjawab.

“Kalau Tan Sri (Speaker) mahu gantung kami, gantung hari ini tetapi paling kurang mesti ada satu jawapan daripada Pakatan Harapan,” tegas Rafizi.

Sewaktu kekecohan berlaku, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua menggelar Pandikar sebagai “ayam” dan disusuli teriakan ‘takut’ daripada Ahli Parlimen pembangkang yang lain.

Advertisements

One thought on “Ahli Parlimen PKR, DAP & PAN Marah Perbahasan RUU Akta 355 Ditangguh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s