Biseksual : Anwar Tarik Balik Saman Terhadap Nallakarupan

KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah RM100 juta difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Senator Tan Sri S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd hari ini selesai melalui proses mediasi di Mahkamah Tinggi.

Saman tersebut adalah berhubung dakwaan yang mengaitkan bekas ketua pembangkang itu dengan aktiviti biseksual yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac 2012.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Roslan Abu Bakar merekodkan penghakiman persetujuan itu dalam kamarnya dengan dihadiri Anwar, Nallakaruppan dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak.

Turut hadir peguam Latheefa Koya mewakili Anwar, Sarah Abishegam mewakili Nallakaruppan dan Wan Azmir Wan Majid bertindak bagi pihak Utusan dan Abdul Aziz.

Latheefa ketika ditemui pemberita berkata penghakiman persetujuan dicapai antara Anwar dengan ketiga-tiga defendan iaitu Nallakaruppan menjelaskan kenyataan yang dibuat terhadap Anwar berhubung dakwaan salah laku moral.

“Plaintif (Anwar) berpuas hati dengan penjelasan Nallakaruppan dan menarik balik tuntutan saman tersebut,” kata peguam itu yang turut memaklumkan satu kenyataan penyelesaian akan disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia dalam masa 7 hari dari hari ini.

Dalam saman yang difailkan pada 26 Mac 2012, Anwar mendakwa Nallakaruppan mengeluarkan kenyataan dalam artikel yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertajuk: “Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang – Nalla” bertarikh 20 Mac 2012.

Anwar mendakwa perkataan fitnah itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat untuk memburukkan dan mencemarkan reputasinya sebagai ketua pembangkang serta sebagai seorang ahli politik.

Anwar menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah – BERNAMA

Advertisements

One thought on “Biseksual : Anwar Tarik Balik Saman Terhadap Nallakarupan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s