DAP Memang Anti Islam Dari Dahulu Sehingga Kini

pru14.tv – Seluruh negara kini tertumpu kepada Sidang Parlimen hari ini untuk melihat sendiri perbahasan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung Rang Undang-Undang Syarie (RUU355) yang dibawa secara persendirian oleh beliau.

Namun begitu, bukan mudah buat Datuk Seri Abdul Hadi untuk membahaskan RUU355 ini. Halangan yang muncul adalah dari Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang serta beberapa orang lagi Ahli Parlimen dari DAP dan juga pembangkang. Cukup menghairankan, kenapa Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen DAP yang lain cukup beriya-ia mahu menghalang RUU355 ini dibentangkan?

Menurut pemahaman, RUU355 ini akan terguna pakai kepada umat Islam di negara ini dan langsung tidak ada kena mengena dengan mereka yang bukan Islam. Namun begitu, melihat kepada reaksi yang ditampilkan oleh Ahli Parlimen DAP ini, RUU355 ini seolah-olah akan turut melibatkan mereka. Malah, mereka dilihat cukup bersungguh-sungguh mahu membatalkan pembentangan RUU355 ini.

Tidak ketinggalan juga, Ahli Parlimen Melayu dari pihak pembangkang. Samada PKR, PAN mahupun PPBM, kesemua mereka juga dilihat sedaya upaya mahu mengganggu pembentangan RUU355 ini. Apa sebenarnya yang mereka cukup bimbangkan? Bukankah RUU355 ini akan memperkasakan sistem perundangan Syarie yang terguna pakai untuk umat Islam?

Namun begitu, sesuatu yang cukup membanggakan apabila melihat Ahli Parlimen Melayu di pihak kerajaan dilihat bersama-sama PAS menyokong penuh usul ini. Tidak wujud sebarang kebimbangan di pihak Ahli Parlimen terbabit, tidak seperti Ahli Parlimen pembangkang yang lain.

Melihat kepada apa yang berlaku sebentar tadi, memang agak menghairankan, kenapa Ahli Parlimen bukan Islam cukup melatah dalam hal ini. DAP sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak pernah memusuhi Islam dan menghormati hak umat Islam di negara ini.

Namun, apa yang diterjemahkan di dalam Dewan Rakyat sebentar tadi jelas menunjukkan sebaliknya. Mereka sedaya upaya mahu menggagalkan pembentangan ini dengan Lim Kit Siang dilihat beberapa kali mengacau perbahasan RUU355 ini. Malah diberitakan, pembentangan ini tertangguh hampir 2 jam akibat sikap biadab Lim Kit Siang.

Ini yang dikatakan sebagai tidak memusuhi dan menghormati hak umt Islam di negara ini? Sejak dari dahulu lagi, DAP terutamanya Lim Kit Siang sememangnya cukup memusuhi Islam. Pelbagai cara mereka lakukan termasuk mencerca dan menghina anutan umat Islam di negara ini samada dari segi perayaan mahupun laungan azan.

Justeru, bukan satu perkara yang pelik apabila melihat Lim Kit Siang begitu biadab mengganggu pembentangan yang dibuat oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Bagi Lim Kit Siang, semuanya adalah berkaitan politik walhal, RUU355 ini lebih menjurus kepada pengukuhan sistem syarie di Malaysia yang langsung tidak ada kena mengena dengan mereka yang bukan Islam.

Advertisements

One thought on “DAP Memang Anti Islam Dari Dahulu Sehingga Kini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s