Kecewa Hadi Berjaya Bentang RUU 355, PKR Tuduh PAS Terima Dana 1MDB

AIDCNews – 06/04/17 – Selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya membentangkan usul Persendirian meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) berjaya dibacakan di Dewan Rakyat hari ini, PKR membuat tuduhan baharu dengan mendakwa PAS menerima dana daripada 1MDB.

Tuduhan itu dibuat oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam sidang media selepas persidangan Dewan Rakyat yang turut dihadiri Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bersama Ahli Parlimen PKR dan DAP dan PAN lain.

“Saya hendak tanya Hadi sama ada beliau yakin tiada… wang daripada akaun Najib mengalir kepada individu yang rapat dengan PAS,” katanya.

Walau bagaimanapun Rafizi tidak memberi apa-apa bukti bagi menyokong tuduhan terbaharunya itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata lebih baik Rafizi membuat laporan terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika benar mempunyai bukti terhadap dakwaannya itu.

“Rafizi tak perlu cabar, jalan terbaik adalah beliau membuat laporan kepada SPRM dan serahkan bukti itu untuk disiasat,” kata Takiyuddin.

Takiyuddin berkata sekiranya benar ada mana-mana dana-dana luar yang disalurkan kepada PAS sudah tentu beliau mengetahuinya.

“Setakat yang saya tahu kita (PAS) tidak ada menerima apa-apa dana daripada mana-mana, kalau ada saya sebagai setiausaha agung mesti tahu.

“Saya tak ada maklumat dan tak ada apa-apa pengetahuan langsung (mengenai dana 1MDB),” katanya lagi

Advertisements

4 thoughts on “Kecewa Hadi Berjaya Bentang RUU 355, PKR Tuduh PAS Terima Dana 1MDB

  1. Celaka! Modus operandi si Rafizi adalah tuduh dan menggesa org/pihak yg dituduh utk menafi dan mengemukakan bukti! Kesialan apakah ini?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s