SPRM Buka Semula Siasatan Ke Atas Azmin Jika Ada Bukti Baharu


SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia membuka semula kertas siasatan berhubung kes pemilikan harta luar biasa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sewaktu menjadi Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, 22 tahun lalu.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah berkata, walaupun kes itu telah ditutup oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1997, namun siasatan kes itu boleh diteruskan semula sekiranya terdapat bukti-bukti baharu yang mengaitkan Menteri Besar Selangor itu dalam kes berkenaan.

“Boleh buka semula, tidak ada masalah jika ada maklumat baharu. Namun untuk memulakan siasatan semula kes itu, ia harus dibawa ke Jawatankuasa Penilaian Maklumat SPRM yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Azam Baki,” katanya ketika ditemui selepas majlis memandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor (PPPNS) di sini hari ini.

Wan Ramli berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu SPRM membuka semula siasatan kes pemilihan harta luar biasa Mohamed Azmin yang didakwa ditutup oleh BPR tanpa alasan yang munasabah pada 1997.

Menurut mereka, siasatan semula perlu diteruskan susulan bocornya dokumen sulit siasatan BPR ke atas Mohamed Azmin yang mana terdapat bukti bahawa Menteri Besar Selangor itu memiliki harta dalam bentuk hartanah, kereta dan saham melibatkan jumlah jutaan ringgit.

Malah, berdasarkan dokumen itu, siasatan BPR turut mengesyaki wang dan harta dimiliki oleh Mohamed Azmin yang dirujuk sebagai YDS (yang disiasat) adalah datang dari hasil perlakuan rasuah selain mengesyorkan supaya beliau dikenakan tindakan tata tertib oleh jabatannya.

Bagaimanapun, siasatan itu didakwa dihentikan pada September 1997 atas arahan Ketua Pengarah BPR ketika itu yang turut mengarahkan kertas siasatan tersebut di Kemas Untuk Simpan (KUS).

Mengulas lanjut, Wan Ramli berkata, jawatankuasa penilai SPRM akan membuat penilaian terhadap sebarang maklumat baharu membabitkan kes Menteri Besar Selangor itu sama ada perlu dibuka semula atau dikategorikan sebagai ‘Kertas Siasatan Ditutup’ atau ‘KUS’.

“Jika kertas siasatan itu dibuka semula dan kes itu berlaku di Selangor, maka SPRM negeri akan menjalankan siasatan atau sebaliknya” ujarnya – UM

Dokumen-Dokumen Rasuah Azmin Diklasifikasi Sulit Didedahkan

Advertisements

2 thoughts on “SPRM Buka Semula Siasatan Ke Atas Azmin Jika Ada Bukti Baharu

  1. KP BPR masa tu ialah DSY ‘orang’ Anwar ,yg pernah mendedahkan bahawa beliau di marahi oleh Mahahtir kerana cuba menyiasat AAH, ‘orang’ Mahathir.Semasa zaman gerakan Reformasi,beliau mendedahkan beliau menjumpai wang tunai ratusan ribu di pejabat AAH,Rupa rupanya bila terkena pada ‘orang’ Anwar lain pula ceritanya.

    Like

  2. umi hafilda pernah mendedahkan bagaimana azmin ali datang berjumpa dia dengan membawa beg penuh berisi wang untuk cuba merasuah umi hafilda agar menarik balik laporan polis yang dia buat terhadap anwar tentang kegiatan homoseks anwar & hubungan sulit anwar dengan isteri azmin ali

    pelik betul macam mana BPR pada masa itu boleh tidak endahkan(lakukan siasatan) pendedahan yang dibuat umi hafilda?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s