Wakil DAP, PKR Buat ‘Kacau’ Cuba Lengah Usul Hadi

BELUM pun usul persendirian daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS – Marang) dibentang, beberapa ahli Parlimen bukan Islam dari pembangkang membantah dan cuba membuat kacau.

Usaha untuk melengah-lengahkan usul Abdul Hadi itu bermula sebaik sahaja Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mempersilakan Presiden PAS tersebut bangun untuk membacakan usul yang dibawanya.

Sekurang-kurangnya enam orang ahli Parlimen dari Pakatan Harapan dilihat tiba-tiba bangkit dengan membawa pelbagai Peraturan Mesyuarat yang lazim digunakan secara teknikal untuk mempertikaikan sesuatu usul tertentu.

Ia dimulakan dengan Lim Kit Siang (DAP – Gelang Patah) bangun membacakan Peraturan Mesyuarat mendakwa bahawa konon rang undang-undang persendirian yang difailkan olehnya sebelum ini pun pernah ditolak Speaker.

Ia kemudian diikuti pula oleh Lee Boon Chye (PKR – Gopeng) bangun menyoal Pandikar mengapa usul Abdul Hadi tersebut diberi keutamaan untuk dibaca berbanding dengan beberapa usul daripada wakil pembangkang yang lain.

Kecekapan Pandikar ‘membaca muslihat’ taktik pembangkang itu bagaimanapun menggagalkan usaha mereka apabila tegas menjelaskan bahawa pihak kerajaan telah meminta supaya usul Abdul Hadi itu diberi keutamaan.

Malahan wakil Marang tersebut diminta beberapa kali sebelum itu untuk menangguhkan usul berkenaan selepas meminda ayat tertentu dan Pandikar seterusnya menegaskan: “Saya hanya mengikuti Peraturan Mesyuarat!”

Selepas itu, Gobind Singh (DAP – Puchong) pula bangkit membaca Peraturan Mesyuarat yang lain dengan tujuan sama iaitu untuk menghalang Abdul Hadi daripada bangun bagi menghuraikan usul persendirian dibawanya.

Keadaan kecoh seketika apabila Kit Siang berterusan mempertikaikan keputusan Speaker. Turut terlibat sama ialah Gooi Hsiao Leung (PKR – Alor Setar), M. Kulasegaran (DAP – Ipoh Barat) dan P. Kasthuriraani (DAP – Batu Kawan).

Manakala Datuk Takiyuddin Hassan (PAS – Kota Bharu) dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (BN – Baling) mempertahankan Pandikar yang kemudian memutuskan sesiapa terus buat kecoh akan diarahkan keluar dewan.

Ini menyaksikan usul Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 Pindaan 2016 lewat hampir setengah jam sebelum Abdul Hadi memulakan ucapan pada 12.37 tengah hari untuk selama 22 minit.

Untuk rekod, usul yang dibawa oleh Abdul Hadi adalah bertujuan untuk meningkatkan hukuman bagi kesalahan syariah kepada penjara sehingga 30 tahun, denda maksimun sebanyak RM100,000 dan sebatan sehingga 100 kali.

Hukuman syariah sekarang adalah hanya penjara sehingga tiga tahun, denda paling tinggi pun setakat RM5,000 dan sebatan enam kali. Ini adalah kali ketiga Abdul Hadi telah cuba membawa usul persendirian itu ke Dewan Rakyat.

Pakatan Harapan diketuai DAP selama ini membuat momokan konon usul itu sebagai Hukum Hudud walhal PAS banyak kali menjelaskan ia cuma memperkasa bidang kuasa mahkamah syariah tanpa melibatkan bukan Muslim.

Pembentangan usul tersebut pada hari terakhir persidangan menyaksikan beberapa sesi pertanyaan jawab lisan sebelum itu dilanjutkan sehingga tengah hari sebelum dewan berhenti rehat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Advertisements

One thought on “Wakil DAP, PKR Buat ‘Kacau’ Cuba Lengah Usul Hadi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s