Bukti Jelas PKR Tolak RUU 355 – Dr Kamarul Zaman

AIDCNews – 07/04/17 –Pre-Council PKR yang membuat keputusan memilih YB Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan merangkap Naib Presiden PKR sebagai jurucakap bukti jelas parti Keadilan itu menolak Rang Undang-undang (RUU) Akta 355, kata Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Dr Kamarul Zaman memetik kenyataan Wong Chen Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya yang berkata Ahli Parlimen PKR telah mengadakan mesyuarat Pre-Council jam 11 pagi kira-kira sejam sebelum Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul persendirian RUU Akta 355 di Dewan Rakyat.

“PKR menamatkan mesyuarat pre-council kami pada pukul 11 pagi. Telah diputuskan bahawa YB Rafizi Ramli akan menjadi jurucakap pertama kami dan bahawa kami akan menolak RUU Hadi,” kenyataan YB Wong Chen dipetik.

Untuk mengukuhkan lagi hujah itu, Dr Kamarul Zaman turut memetik kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Batu Maung, Dato` Abdul Malik Abul Kassim yang berkata, pihaknya tidak akan menyokong pindaan akta 355 ini untuk dikuatkuasakan kerana merasakan PAS hanya mempolitikkan undang-undang Syariah itu bagi meraih perhatian.

Menurutnya, banyak cara lain lagi untuk memperkasa undang-undang Islam dan bukan hanya semata-mata perlaksanaan RUU 355 sahaja yang dilihat hanyalah sebagai agenda politik dari PAS.

“Bagi saya ada perkara yang lebih besar dan lebih banyak yang perlu dilakukan, jangan mempolitikkan agama, RUU 355 ini jelas mempolitikkan agama walaupun saya bukan Ahli Parlimen dan tidak mengundi tetapi saya melihat perkara ini tidak sepatutnya dibentangkan sehingga menyebabkan bukan Islam marah, seluruh rakyat berpecah belah dan berlaku perpecahan di dalam Islam,” katanya.

Advertisements

2 thoughts on “Bukti Jelas PKR Tolak RUU 355 – Dr Kamarul Zaman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s