DAP Bapa Perkauman Paling Rasis

Malayan News – Sebelum ini Kit Siang sering mendesak Mahathir meletakkan jawatan dan bersara daripada dunia politik, tetapi hakikatnya Kit Siang sehingga sekarang masih lagi menjadi Ketua Pembangkang Pakatan Harapan semata-mata untuk memastikan kedudukan anaknya kukuh dalam Parti DAP.

Kit Siang menuduh Mahathir tidak mahu bersara daripada politik kerana mahu menaikkan anaknya Mukhriz tetapi sehingga sekarang Kit Siang enggan mengarahkan anaknya melepaskan jawatan Ketua Menteri selepas sudah di dakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah dan bakal menghadiri perbicaraan lewat bulan ini juga.

Sepanjang 22 tahun DAP menuduh Mahathir dengan pelbagai tuduhan rasuah, pencabulan hak asasi manusia dan gagal menguruskan ekonomi negara sebaliknya anaknya Guan Eng ketika perhimpunan tahunan tahun lalu secara terbuka turut dihadiri oleh Mahathir menyatakan bekas Perdana Menteri berjaya menguruskan negara ini dengan baik selama 22 tahun.

Setiausaha Organsasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke pernah menyatakan kepada pengundi sebelum PRU 13, tiada apa yang perlu dikhuatirkan mengenai undang-undang hudud jika mereka tidak melakukan sebarang kesalahan. Anthony Loke pernah berkata jika anda tidak takut dengan hukuman mati di Malaysia kerana tidak melakukan sebarang kesalahan untuk dihukum mati mengapa perlu bimbang dengan potong tangan dan kaki. Tetapi kini DAP bertukar pendirian dan kini menyerang RUU 355 yang mencadangkan peningkatan hukuman syariah untuk orang Islam dengan penambahan hukuman sebatan.

Lim Kit Siang turut menyatakan, seruan Hew Kuan Yau kepada masyarakat untuk menggunakan Melayu bagi menjahanamkan Melayu sebagai sesuatu yang seronok dilihat, adalah tidak berunsur perkauman langsung dan DAP tidak akan mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap Kuan Yau.

DAP turut menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai rasis apabila membuat kenyataan pada PRU13 berlaku tsunami Cina dan kerajaan akan berusaha keras untuk memenangi mereka semula.

Sebelum PRU13, Lim Guan Eng juga menandatangi secara bersama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengisytiharkan yang PAS mempunyai hak untuk menegakkan agenda Negara Islam tetapi hari ini, DAP adalah musuh utama PAS kerana PAS mahu melaksanakan hak mereka.

Kit Siang tidak ada hak untuk bersuara menyatakan beliau seorang yang berpendirian, berprinsip dan bukan bersifat perkauman kerana beliau hanya tahu memburukkan dan menyalahkan pihak lain sedangkan kesalahan diri beliau dan partinya ditutup dan disembunyikan daripada diketahui umum.

Advertisements

One thought on “DAP Bapa Perkauman Paling Rasis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s