Peluang Buktikan Lim Kit Siang Seorang Rasis & Ditaktor Politik

postmetro – Ramai yang bertanya apa perlunya diadakan sidang penulisan esei bagi membentangkan pengetahuan kepada umum bahawa ada pemimpin parti pembangkang memiliki sikap resis dan ditaktor didalam kepimpinannya yang dianjurkan oleh Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO baru-baru ini.

Sebenarnya tiada apa yang penting didalam tawaran untuk membuat pembentangan esei berhubung pemimpin tua tersebut, boleh sahaja ianya dianggap sebagai satu bahan bacaan umum, kerana jika tidak dibentangkan pun masyarakat terutama orang Melayu telah faham dan mengenali siapa mereka yang dimaksudkan.

Mereka telah mengenali sejarah Lim Kit Siang sejak mula mengambil alih kepimpinan dari jawatan Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) dari tahun 1969 hingga tahun 1999, seterusnya menjadi pengerusi dan kini menjadi penasihat kepada parti tersebut.

Rakyat Malaysia mengenali Lim sebagai seorang yang cukup anti kepada agama Islam dan cukup tidak senang dengan perkembangan dan kejayaan jika memihak kepada orang Melayu terutama dari segi politik, perniagaan dan kuasa kerajaan.

Malah bekas Perdana Menteri ke 4, Dr, mahathir Mohamad suatu ketika dahulu pernah mengelarkan Lim sebagai seorang yang sangat resis didalam ceramahnya, dan dikebanyakkan kenyataan media yang dibuat beliau juga sering mengambarkan bahawa Lim adalah sebagai seorang yang sangat mirip kepada kepada kerektor seorang ditaktor.

Walaupun kini Mahathir telah menjadi sebahagian dari ahli pembangkang dan rakan politik didalam pakatan harapan yang diketuai oleh DAP, namun begitu Mahathir telah dilantik untuk menjadi penasihat kepada pakatan tersebut.

Perlantikan Mahathir sebagai penasihat kepada pakatan pembangkang juga menjadi senda gurau rakyat Malaysia yang melihat bahawa perlantikan itu tidak lebih hanya satu lakonan untuk membeli jiwa Melayu yang Lim Kit Siang tahu amat sukar dilakuakan oleh dirinya.

Rakyat Malaysia juga tahu bahawa Lim Kit Siang adalah seorang pemimpin yang terlalu lama didalam tampok pemerintahan didalam partinya jika dibandingkan dengan beberapa orang pemimpin dunia yang di iktiraf sebagai ditaktor, memberi makna bahawa Lim sangat-sangat ditaktor jika diukur dari tahap kepimpinannya.

Di Malaysia sendiri Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat ialah Mahathir Mohamad yang kini telah menjadi kawan beliau, itu pun hanya 22 tahun, tetapi Lim lebih lama dari itu, lebih lama dari Kim Il-sung yang memimpin utama Korea Utara selama 46 tahun.

Ketidak selesaan beliau dengan bangsa Melayu telah terbukti dalam banyak penulisan, cakap-cakap, ceramah malahan didalam perbahasan di dewan rakyat juga sikap bencinya beliau kepada bangsa Melayu jelas tanpa perselindungan, selama hampir 50 tahun beliau membenci Melayu.

Jadi pembikinan peraduan menulis esei berkenaan dengan penonjolan betapa resis dan tebalnya sikap ditaktor dalam kepimpian beliau seharusnya menjadi pendedahan umum, agar rakyat memahami akan rupa bentuk resis dan sikap ditaktornya yang disembunyikan selama ini.

Tindakan Tan Sri Annuar seharusnya dapat membuka peluang kepada orang ramai khussnya mereka yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan maklumat berhubung dengan kepimpinan Lim Kit Siang didalam parti DAP yang dikatakan cukup anti kepada orang Melayu.

Pengkisahan mereka boleh juga menjurus kepada bagaimana Lim mengunakan pengaruhnya bagi menentukan siapa yang layak untuk menjadi pemimpin utama parti DAP termasuk bagaimana perlantikan dan penentuan yang memilih anak beliau Lim Guan Eng untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Malah bekas rakan pakatan mereka dahulu seperti parti PAS juga pernah mendakwa bahawa parti DAP tidak pernah suka kepada orang Melayu dan Islam, pembuktian terbaharu bila mana Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang telah cuba dihalang dari meneruskan pembentangan beliau berhubung dengan usul Rang Undang-Undang 533 di Parlimen.

Perkara-perkara sebegini bolehlah dijadikan bahan didalam penulisan esei bagi mereka yang berminat untuk menyertainya.

Apa yang penting ialah kita harus membuktikan bahawa tuduhan yang pernah dibuat oleh Dr. Mahathir dan beberapa orang pemimpin politik yang lain bahawa Lim Kit Siang adalah seorang yang resis dan ditaktor politik adalah benar.

Advertisements

One thought on “Peluang Buktikan Lim Kit Siang Seorang Rasis & Ditaktor Politik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s