Di Sebalik Tabir TS Anuar Musa

Melawat YB TS Anuar Musa 3 hari selepas discharge dari IJN

Al-Azharri Siddiq Kamunri –Semalam saya telah melawat YB Tan Sri Anuar Musa yang baharu discharge dari Institut Jantung Negara (IJN). Beliau kelihatan kuat semangat, walaupun nampak keletihan. Sambil berbual kami menjamu sarapan pagi mee hun dan teh.

Saya ingin kongsikan perbualan saya dengan TS Anuar kepada anda di bawah.

Jika melihat catatan sejarah, TS Anuar sepatutnya menyokong Tun Dr Mahathir, kerana semasa TS Anuar tewas dalam PRU 1990, Tun M tetap melantik TS Anuar menjadi Menteri Belia & Sukan. Berbeza dengan sekarang, walaupun TS Anuar menang PRU13, TS Anuar tidak dilantik Menteri malah tugas beliau sebagai Pengerusi MARA pula direhatkan tanpa status yang jelas.

Isunya pada hari ini, kenapa TS Anuar mempertahankan Kerajaan dan DS Najib sebaliknya menolak Tun M? Orang ramai tidak mengetahui hal ini.

Pada tahun 2009, dalam mesyuarat MT UMNO, boleh dikatakan seluruh MT UMNO bersetuju supaya Pak Lah meletak jawatan dan digantikan dengan DS Najib. Apabila tiba giliran TS Anuar, beliau mempunyai pendirian yang berbeza. Beliau juga bersetuju tetapi peralihan kuasa itu biarlah sampai kepada masa yang telah dipersetujui sebelum ini.

Namun, desakan Tun Dr. Mahathir dan MT UMNO ketika itu menyebabkan Pak Lah berlembut. Akhirnya Pak Lah menyerahkan jawatan kepada DS Najib. Benarlah bahawa, ‘khalifah Abu Bakar tidak akan boleh menjadi Khalifah Umar Ibnu Khattab’.

Sejak 2009-2013, TS Anuar tidak pernah mengadap DS Najib. TS Anuar membayangkan, dalam PRU13 beliau tidak akan dicalonkan. Dengan pendirian tegas TS Anuar dalam mesyuarat MT, beliau telah dicop tidak bersama DS Najib. Namun, begitu beliau tetap dicalonkan dan menang pula.

Temasek

Yayasan 1MDB telah menunjukkan peranan yang besar dalam menggerakkan aspirasi kerajaan kepada rakyat. Aktiviti CSR Yayasan 1MDB kepada rakyat Malaysia dalam aspek pendidikan, pembangunan belia, biasiswa, Haji, perumahan rakyat dan kualiti hidup telah menggusarkan DAP.

Ada pihak sangat bimbang jika 1MDB berkembang dan menjadi seperti Temasek di Singapura. DAP telah mencium hal ini, dan menugaskan Tony Pua untuk menyerang 1MDB.

Dalam politik, kemenangan besar PR pada tahun 2008 telah mengalihkan sokongan padu konglomerat Cina kepada UMNO. Sejak bertahun lamanya, UMNO mendapat sumbangan daripada mereka kerana mereka melihat kepada Tun M yang banyak membantu mereka jua. Apabila Tun M bertelagah dengan Pak Lah, sokongan konglomerat Cina semakin berkurangan kepada UMNO dan mereka beralih arah.

Apabila DS Najib menjadi Perdana Menteri, idea 1MDB yang sebenarnya diasaskan oleh Pak Lah melalui TIA, dikembangkan untuk menjana sumber kewangan. Tidak perlu lagi bergantung kepada konglomerat Cina. Akibat daripada kejayaan bisnes 1MDB memiliki bisnes tenaga dalam dan luar negara, terdapat pihak yang mengadu kepada Tun M.

Kemudian DAP menggunakan kelemahan pentadbiran 1MDB dengan menyerang DS Najib. Mereka cuba mengaitkan kelemahan itu kepada DS Najib. Tujuan mereka adalah untuk menggagalkan syarikat pelaburan kerajaan ini supaya tidak berjaya menjadi seperti Temasek di negara jiran.

Akhbar-akhbar di negara jiran, Brunei, Filipina, Kemboja, Thailand tidak menyerang 1MDB sebagaimana media di Singapura menghentam sehabis-habisnya 1MDB ini.

Nampaknya, elemen lama masih ada di Singapura. Generasi baru perlu membaca semula sejarah DAP dan PAP.

Belakang Tabir

Pada tahun 2015, Tun M telah menyerang DS Najib dalam isu derma RM2.6B. Ramai yang gelabah.

Di sinilah TS Anuar menjalankan pengalamannya. Beliau menjemput ramai pemimpin-pemimpin UMNO ke rumahnya, bertanya mereka, mendengar suara hati mereka. Malah ada menteri turut mengunjungi TS Anuar untuk mendapatkan nasihat.

TS Anuar Musa menasihati semua mereka supaya teguh di belakang Kerajaan dan menyokong kepimpinan DS Najib.

Pada bulan Ramadan 2015, TS Anuar Musa dengan permuafakatan beberapa pemimpin kanan UMNO ke Seri Perdana untuk mendengar sendiri penerangan dari DS Najib tentang RM2.6. TS Anuar Musa telah bertanya direct kepada DS Najib. Pada ketika itulah, DS Najib menerangkan satu persatu dan menunjukkan surat derma dari Arab Saudi.

Yang jelas wang itu adalah derma dari Arab Saudi, bukan wang kerajaan dan bukan wang dari mana-mana agensi kerajaan. Ianya sudah dikembalikan, akaun sudah ditutup dan sudah tiada di Ambank.

Dengan penjelasan dari hati ke hati itu, sokongan mereka kepada DS Najib bertambah kukuh. Mereka kembali bersemangat waja.

TS Anuar Musa telah berjaya membantu DS Najib.

TS Muhyiddin dan Shafie

TS Muhyiddin pada mulanya adalah seorang yang setia kepada DS Najib dan tidak mempunyai cita-cita untuk menjawat PM kerana pelbagai faktor. Namun begitu, kejayaan Tun M dan pemimpin senior Tun Daim serta rakan mereka berjaya memujuk dan mempengaruhi TS Muhyiddin untuk menentang DS Najib, dengan dijanjikan jawatan Perdana Menteri. Tidak perlu menunggu lama.

Begitu juga dengan DS Shafie Apdal, peranan belakang tabir yang dimainkan oleh Tun Daim dan kumpulannya berjaya memujuk DS Shafie Apdal keluar menyertai TS Muhyiddin. DS Shafie mengetahui beliau tidak akan dapat melangkaui DS Hishamuddin dan DS Ahmad Zahid Hamidi.

Ketika DS Shafie Apdal dan TS Anuar Musa dalam satu kapal ke Kuching. Sepanjang dua jam penerbangan itu, DS Shafie meluahkan sikap sebenarnya. TS Anuar Musa sangat terkejut. Apabila tiba di lapangan terbang Kuching, DS Shafie mengajak TS Anuar untuk menaiki kenderaannya dan menyambung semula ceritanya.

Hakikatnya, rakyat perlu tahu, TS Muhyiddin dan DS Shafie meninggalkan DS Najib bukanlah kerana isu 1MDB dan RM2.6 pun, melainkan cita-cita peribadi mereka setelah berjaya diperdaya.

Nasihat TS Anuar Musa

TS Anuar Musa menjadi Menteri ketika berusia 33 tahun. YB Khairy menjadi Menteri ketika berusia 37 tahun. Kata teman yang mengiringi saya, jika pada zaman TS Anuar Musa dahulu sudah wujud Handphone, Wassap, FB dan sebagainya sudah pasti TS Anuar lebih beraura daripada KJ. Namun era dan zaman berubah.

Pengajaran yang diperolehi daripada perbualan saya dengan TS Anuar Musa, untuk pemimpin-pemimpin UMNO khususnya. Pertama Ketua-ketua pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri hendaklah kuat semangat, setia dan menunjukkan kekuatan di hadapan rakyat ketika mendepani isu-isu semasa.

Kedua, kepada pemimpin muda, integriti tidak boleh dikompromi dan keihlasan mesti berada di hadapan untuk menjayakan sesuatu agensi yang diketuai. Usah bermegah dengan jawatan, usah mencari jalan pintas. Kebanyakan pemimpin sekarang lemah prinsip perjuangan dan kesetiaan pula mudah terusik.

Bagi TS Anuar Musa, beliau tidak mempunyai apa-apa ambition yang besar. Semuanya sudah dilaluinya sejak hampir 40 tahun berpolitik.

Selamat Membaca
Selamat Berhujung Minggu.

Advertisements

One thought on “Di Sebalik Tabir TS Anuar Musa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s