Anwar Buat Kenyataan Dari Penjara, Bimbang Kesan RUU 355 & Usul Putus Tahaluf Siyasi

AIDCNews – 09/04/17 –Bimbang kesan PKR dilihat menolak Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 dan usul putus tahaluf siyasi yang bertalu-talu dari kawasan PAS seluruh negara, penasihat parti Keadilan itu, Anwar Ibrahim membuat perutusan dari penjara Sungai Buloh.

Anwar berkata PKR tidak pernah menghalang RUU355 atau pindaan Akta 355 secara prinsip, tetapi yang dikesalkan sikap Speaker Dewan Rakyat yang menghalang RUU itu dibahaskan.

“Datuk Seri Abdul Hadi (Awang) dan Datuk Takiyuddin (Hassan) menerangkan di Parlimen bahawa rang undang-undang pindaan kepada Akta 355 (RUU 355) bukanlah percubaan untuk melaksanakan hudud dan jaminan diberi RUU 355 ini tidak terpakai kepada yang bukan Islam sebab dilakukan dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

“Yang ditekankan adalah pemerkasaan mahkamah syariah yang wajar dipersetujui secara prinsipnya oleh semua.

“Yang dikesalkan ialah kesempatan untuk berbahas dinafikan oleh Speaker Parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana menangguhkan sidang pada jam 4 petang.

“Ini jelas bertentangan dengan amalan demokrasi dan prinsip syura serta perundingan dalam Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar juga percaya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan keberatan untuk meneruskan perbahasan jika speaker Dewan Rakyat membenarkannya.

“Kegagalan speaker dan kerajaan Barisan Nasional untuk bertindak serius dalam perkara tersebut memperkukuhkan persepsi bahawa kerajaan sengaja melengahkan dan mengharapkan agar kontroversi akan berlarutan,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata partinya tidak menolak kemungkinan akan bertanding di beberapa kerusi milik PKR seperti Lembah Pantai yang diwakili oleh Nurul Izzah dan Parlimen Batu yang diwakili oleh Tian Chua, yang kedua-duanya merupakan Naib Presiden PKR.

Beliau berkata, kerusi Parlimen Lembah Pantai dan Batu adalah di antara kerusi sasaran Pemuda PAS Wilayah Persekutuan selain Titiwangsa, Putrajaya, Labuan, Bandar Tun Razak, Wangsa Maju, Setiawangsa dan Segambut.

Idris ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini berkata PAS meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-14.

Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Johor mengusulkan agar PAS merampas kembali kerusi Parlimen Batu Pahat yang sekarang ini diwakili Ahli Parlimen PKR, Idris bin Jusi.

Manakala Badan Perhubungan PAS Terengganu bercadang untuk merampas kembali DUN Bandar yang kini diwakili oleh Pengerusi PKR negeri, Azan Ismail.

Advertisements

One thought on “Anwar Buat Kenyataan Dari Penjara, Bimbang Kesan RUU 355 & Usul Putus Tahaluf Siyasi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s