Lagi Pemimpin Kanan DAP Dijangka Keluar Parti

KOTA KINABALU- Timbalan Pengerusi DAP Sabah Dr Edwin Bosi dijangka membuat pengumuman sama ada masih mahu bersama parti itu atau tidak pada Khamis ini.

Edwin yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan atau mengadakan satu sidang akhbar berhubung keputusan itu pada hari berkenaan.

“Tunggulah pada 13 April ini saya akan mengumumkan keputusan saya. Jika saya jawab sekarang, saya tiada bahan untuk cakap pada Khamis nanti dan ini juga memandangkan DUN masih bersidang,” katanya kepada pemberita di pekarangan Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.

Baru-baru ini, sebuah portal tempatan mendedahkan Edwin akan meninggalkan DAP dan menyertai Parti Cinta Sabah (PCS) yang diterajui presidennya Datuk Seri Wilfred Bumburing yang juga ADUN Tamparuli.

Pada 2 Okt tahun lepas, ADUN Likas Junz Wong, yang ketika itu Setiausaha DAP Sabah, mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Parti Warisan Sabah.

Turut keluar parti bersama Wong ialah Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Joan Goh serta Naib Pegerusi DAP Sabah, George Hiew.– BERNAMA

Advertisements

One thought on “Lagi Pemimpin Kanan DAP Dijangka Keluar Parti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s