PAS Bertegas Tidak Akan Bersama PH -Tuan Ibrahim

PAS menegaskan sekali lagi bahawa tidak akan sesekali menyertai Pakatan Harapan dan tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan DAP dan PAN.

Keputusan ini telah terbukti tepat berikutan sikap penentangan berterusan DAP dan PAN terhadap agenda Islam yang dibawa oleh PAS termasuk RUU355. Sikap ini jelas kelihatan di parlimen pada 6 April 2016, ketika Presiden PAS dan Setiausaha Agong PAS membentangkan RUU355.

Episod RUU355 juga membuktikan perumpamaan yang digunakan Presiden PAS betul, di mana kedua-dua belah ibarat biawak hidup di mana satu belah tidak berani membawa, dan satu belah bukan sahaja menentang, bahkan hak PAS untuk membentangkan RUU355 melalui saluran demokrasi yang sah pun cuba dihalang.

Mereka yang kepanasan berikutan pembentangan dan penghujahan cemerlang Presiden PAS dan Setiausaha Agong PAS di parlimen mengenai RUU355 kini cuba mengalihkan perhatian dengan meletakkan pelbagai tuduhan pada PAS tanpa seurat bukti dan juga bermain saraf untuk melagakan pimpinan PAS.

Namun, strategi lapuk ini tidak akan berjaya kerana PAS yang ada hari ini telah menjadi lebih matang dan kukuh ekoran perpecahan di 2015.

Kepada yang membuat tuduhan, laporlah kepada pihak berkuasa seperti polis dan SPRM agar tindakan dapat diambil terhadap PAS sekiranya ada. PAS akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

PAS akan terus mara dan memperkukuhkan parti sebagai blok ketiga.

Dato Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS

Advertisements

One thought on “PAS Bertegas Tidak Akan Bersama PH -Tuan Ibrahim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s