Karikatur Hina Hadi & Pandikar : PAS Selangor Akan Berdemo Di Hadapan Nanyang Siang Pao Esok

AIDCNews – 10/04/17 – Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) akan mengadakan demonstrasi esok kerana membantah kebiadapan akhbar akhbar Nanyang Siang Pao menyiarkan karikatur menghina Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Demontrasi itu bakal diadakan di hadapan pejabat akhbar berbahasa Cina itu di Petaling Jaya jam 11 pagi.

Nanyang Siang Pau bertindak kurang ajar apabila menyamakan karikatur lakaran dua monyet dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Karikatur bertajuk “Akta Monyet” itu disiarkan menunjukkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai “speaker” manakala seekor lagi memakai serban dan dinamakan sebagai “Hadi Awang” bertenggek di pokok “Akta 355”.

DPPNS menyifatkan ia sebagai provokasi melampau dan berniat jahat dengan cuba melebarkan sentimen di kalangan pembaca pembaca media berbahasa Cina.

Pengarah Jabatan Penerangan DPPNS, Ahmad Hakimi Othman berkata, tindakan Nanyang ternyata melampaui prinsip-prinsip Rukunegara yang sekian lama tertanam dalam masyarakat majmuk Malaysia.

“Tindakan yang tidak menghormati perlembagaan Malaysia yang telah sekian lama sejak tahun 1965 mengakui kewujudan Akta 355. Tidak sensitif dengan Islam yang diiktiraf sebagai agama Perseketuan dan di bawah kuasa Majlis Raja Raja.

“Tindakan ini juga melanggar kesopanan dan kesusilaan hidup berukun di negara ini. Nilai hormat sesama sendiri dalam hidup masyarakat majmuk sepertinya sedang tergugat dengan tindakan sebegini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, dalam satu kenyataan petang tadi, Nanyang Siang Pau membuat permohonan maaf berhubung penyiaran karikatur yang didakwa mempersendakan Abdul Hadi dan Pandikar Amin Mulia.

Menurut akhbar itu kartun tersebut yang turut disiarkan di laman web berita di eNanyang.my telah ditarik balik.

“Merujuk kepada kartun siaran Nanyang Siang Pau di muka surat B2 yang bertarikh 8 April 2017, Nanyang Siang Pau ingin meminta maaf kepada Pandikar dan Abdul Hadi terhadap segala masalah yang timbul daripada kartun yang tidak wajar tersebut,” katanya.

Ia diterbitkan dua hari selepas Abdul Hadi membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 pada Khamis lalu.

Dalam kartun berkenaan, Nanyang Siang Pau telah menyamakan Pandikar sebagai monyet yang lari meninggalkan sebuah pokok.

Ia ditafsirkan sebagai tindakan Pandikar yang menangguhan perbahasan pindaan RUU 355 di Dewan Rakyat baru-baru ini ke sidang akan datang.

Karikatur itu juga menunjukkan sekumpulan monyet yang bertekak di bawah pokok berkenaan.

Advertisements

2 thoughts on “Karikatur Hina Hadi & Pandikar : PAS Selangor Akan Berdemo Di Hadapan Nanyang Siang Pao Esok

  1. Jangan terima maaf, saman sampai muflis dan para pengarah, editor dan pelukis penjarakan atas akta hasutan. Bagi pengajaran pada semua beruk pendatang tak kira kulit cerah atau gelap bahawa berlaku biadap di Tanah Melayu ada akibatnya. Jangan lupa tarik lesen dan jangan beri balik atau beri lesen baru utk sebarang akhbar cina. Mana mana cina yg tak suka boleh berambus naik tongkang pergi taiwan. PRC pun taknak terima…puuuiii celaka punya bangsa menumpang!!!

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s