PKR Kecewa Dengan Sikap PAS

KUALA TERENGGANU – Usul dibawa Pas Kawasan Kuala Terengganu bagi mendesak Pas Pusat memutuskan kerjasama politik dengan PKR disifatkan sebagai usaha menggagalkan usaha pembangkang menggantikan BN pada PRU14.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, pembangkang termasuk Pas tidak sepatutnya menzahirkan perkara yang boleh menampakkan kelemahan atau perpecahan sesama parti memandangkan keadaan ketika ini sangat genting dalam keadaan negara bakal berhadapan pilihan raya.

Menurutnya, pembangkang termasuk Pas sepatutnya perlu memberi tumpuan menumbangkan kerajaan BN dengan menyusun strategi memperkuatkan pembangkang.

“Kalau perkara itu (usul) datang daripada ahli Pas, pemimpin Pas, saya anggap itu dalaman mereka. Terpulang! Saya nasihatkan bahawa ini adalah masa memperkukuh susun atur dan sebagainya untuk tujuan tawan Malaysia yang perlu dilakukan oleh pembangkang.

“Cara tawan bukan tunjuk kita bergaduh, berpecah belah. Itu formula kelemahan bukan kekuatan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Azan yang juga Adun Bandar berkata demikian sebagai mengulas mengenai Pas Kawasan Kuala Terengganu mendesak Pas Pusat memutuskan kerjasama politik atau tahalluf siyasi dengan PKR.

Perkara itu yang diusulkan Pas Cawangan Kampung Padang dipersetujui sebulat suara dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kuala Terengganu Kali Ke-42 di Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, di sini, Sabtu lalu.

Azan berkata, pihaknya tidak emosi dengan tindak-tanduk Pas Kawasan Kuala Terengganu yang membawa usul tersebut.

Apa yang penting katanya, pihaknya sedang menyusun strategi ke arah memantapkan pembangkang sambil meminta pemimpin Pas memikirkan kaedah sama menguatkan pembangkang bagi menggantikan BN di negeri ini bukan membawa isu yang melemahkan keyakinan rakyat menyokong pihak terlibat.

“Kita harap pemimpin Pas berfikir. Kita tidak mahu masuk campur tetapi saya harap parti yang lama bertapak di Terengganu matang dan cukup menilai macam mana untuk menang di Terengganu,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menganggap usul tersebut menunjukkan kemungkinan terdapat percanggahan pendapat dalam kalangan ahli Pas yang cukup bijak menilai bahawa usaha menjatuhkan BN tidak boleh dilakukan secara sendirian.

Jelasnya, dalam keadaan negara bakal berhadapan pilihan raya, sudah tentu pembangkang perlu meletakkan keutamaan untuk memastikan kekalahan BN.

“Tetapi kalau kita letak prioriti kita untuk berpecah, kita sebenarnya beritahu pengundi yang pembangkang belum sedia. Kalau pembangkang belum sedia, bermaksud memberitahu pembangkang tidak sedia jadi kerajaan.

“Amat malang dan sedih kepada rakyat Terengganu yang berharap ada perubahan sebaliknya pembangkang meraikan untuk tidak memantapkan dalaman sesama sendiri,” katanya – SH

Advertisements

One thought on “PKR Kecewa Dengan Sikap PAS

  1. Yang dalam keadaan genting sekarang ialah PKR ,bukan PAS.PKR boleh tenggelam jika Pas memutuskan utk tidak berkerjasama lagi dgn mereka.Sebaliknya PAS pula masih mempunya tapak yg kukuh di beberapa kawasan dan negeri,malahan Pas masih boleh kekal menang malah mungkin l lebih besar jika menggunakan strategi politik yg betul.Persefaman dn Umno mungkin boleh membantu,terutamanya utk merampas kerusi dari PKR.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s