Anak Butir Tahi PAP : DAP Guna Anak Muda Melayu Untuk Lawan Kenyataan Hadi

AIDCNews – 11/04/17 –DAP dilihat mempergunakan anak-anak muda Melayu dari kalangan parti itu untuk melawan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan ‘DAP (adalah) anak butir tahi PAP’.

Anak-anak muda Melayu DAP itu kebanyakan lahir selepas Malaysia mencapai kemerdekaan tidak mengetahui sejarah hubungan PAP-DAP sekitar tahun 1963-1966 yang disebut oleh Presiden PAS.

Apatah lagi majoriti anak muda Melayu DAP itu bukan pemain politik utama parti, kebanyakannya kalah dalam pemilihan parti dan jawatan mereka diberi secara lantikan oleh pemegang-pemegang jawatan parti yang dipilih dari kalangan kaum Cina.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang juga ‘pemimpin sebenar parti’ dan majoriti CEC (Ahli Jawatankuasa Tertinggi) parti dilihat bersembunyi di sebalik kenyataan anak-anak muda Melayu DAP itu.

Abdul Hadi dalam satu ceramah di Rusila malam tadi berkata DAP (Democratic Action Party) merupakan sebuah parti serpihan parti Singapura, PAP (Party Action People), jadi ia tidak salah dikatakan DAP adalah ‘anak butir tahi PAP’.

Selanjutnya, sila baca “DAP Anak Butir Tahi PAP – Hadi

Kenyataan bersama anak muda DAP pada hari Selasa 11 April 2017 di Kuala Lumpur

*’Butir tahi PAP’: Jangan biarkan lidah yang gigih berzikir dan menuturkan nama Tuhan, dicemari kata-kata kotor dan kesat*

Kami merujuk laporan Malaysiakini (http://www.malaysiakini.com/news/378756) tentang ucapan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Rusila malam tadi.

Haji Hadi dilaporkan berkata:

“Dulu (semasa) Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar daripada Malaysia, PAP tukar jadi DAP.

“Jadi DAP ini anak butir taik PAP. (Saya) sebut dengan bahasa yang kasar sikit, ini dia.”

Kami merakamkan perasaan sedih dan kecewa dengan ayat-ayat ini yang dituturkan dua bibir seorang ulama, apatah lagi seorang Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.

Suka kami ingatkan bahawa Allah SWT. Berfirman:

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (an-Nahl, ayat 125)

Kami tidak melihat sebarang kebaikan atau hikmah daripada bicara Haji Hadi dengan kata-kata yang begitu kesat, dan tidak padan dengan sunnah kenabian yang cuba beliau amalkan sehari-hari.

Kami ingin tekankan bahawa DAP dan PAP tidak ada kena mengena secara parti-ke-parti. Hanya beberapa pengasas DAP pernah menganggotai PAP ketika parti tersebut masih wujud di Malaysia. DAP dan PAP bukan parti adik beradik, atau yang sepertinya.

Pun begitu ia tidak menghalang kami daripada berjuang melawan kezaliman UMNO.

DAP sudah lebih 50 tahun berjuang demi sebuah negara yang aman makmur dengan kebebasan, keadilan, dan solidariti untuk seluruh rakyatnya, tanpa mengira latar kaum, agama, budaya dan daerah. Kami bangga menjadi mata rantai penerus perjuangan DAP, biarlah apa pun kata Haji Hadi.

Kami lega kerana ditakdirkan tidak punya pemimpin yang jijik kata tuturnya, meski giat menyebut bahasa agama dan ketuhanan. Haji Hadi wajar bertaubat dan malu, membiarkan lidah yang gigih berzikir dan menuturkan nama Tuhan, dicemari kata-kata kotor dan kesat.

Kami bersimpati dengan kader-kader PAS yang ternyata telah meninggalkan tarbiah dan manhaj yang digariskan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Semoga Haji Hadi banyak beristighfar dan merujuk kembali ajaran Islam sebenar yang santun dan penuh hikmah. Tinggalkanlah Islam yang penuh marah-marah, dan hidupkan Islam yang ramah tamah; sesuai budaya politik matang dan sejahtera yang dipakai ketika berhadapan dengan UMNO.

Ditandatangani:

Edry Faizal
Ahli Jawatankuasa DAP Selangor

Shukri Mokhtar
Ahli Jawatankuasa DAPSY Subang

Dyana Sofya Mohd Daud
Ahli Majlis Eksekutif DAPSY Kebangsaan

Muhammad Shakir Ameer Mohideen
Bendahari DAPSY Selangor

Mohammad Firdaus Babh
Setiausaha DAPSY Selangor, AJK DAPSY Kebangsaan

Young Syefura
Penolong Setiausaha DAP Wanita Kebangsaan

Nor Miswary Ramli
Setiausaha cawangan USJ,Subang Jaya

Masyhur Abdullah
AJK DAPSY Bukit Bintang

Sheikh Omar Ali
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor

Jamaliah Jamaluddin
Naib Pengerusi, Cawangan DAP Ara Damansara

Farhan Haziq Mohamed
Pengarah Pendidikan Politik DAPSY Subang, AJK DAP Bandar Utama

Ahmad Anwar Asyraf
Penolong setiausaha publisiti DAPSY Johor

Ahmad Irfan Hani
DAPSY Subang

Nurul Shifa Abdul Manan
Naib Pengerusi DAP Perlis

Azfar Faruqi Mohamad Idris
Pengerusi DAP Cawangan Taman Seroja



Advertisements

3 thoughts on “Anak Butir Tahi PAP : DAP Guna Anak Muda Melayu Untuk Lawan Kenyataan Hadi

  1. Wah ada sheikh la, betul ke keturunan arab? Atau mamak tak sedar diri macam syedkotak? Melayu DAP tak payah la nak seru seru nama nabi, nak keluar ayat quran atau hadis. Silap silap wuduk pun takde nak pegang quran . masuk masjid pun bukan sembayang pun, berpolitik saja. Ada pulak kata takleh solat, datang bulan. Yang kau masuk masjid apahal??? Pergi la berkempen kat disko nun.
    Akhir kata MAJULAH PENTERNAKAN BABI DEMI MELAYU DAP!

    Like

  2. tu dia anak2 melayu yg rela jadi beruk2 DAP…dok terhegeh2 menjilat hingga licin lobang taik kafir2 jahanam laknatullah DAP PKR…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s