Wakil Rakyat Melayu DAP Desak Kerajaan Tangkap Mufti Pahang

Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd. Ariff Sabri ketika berucap semasa sesi perbahasan olok-olok RUU355 sesama wakil rakyat Pakatan Harapan di Kuala LUMPUR malam tadi.
KUALA LUMPUR– Pihak berkuasa perlu tangkap Mufti Pahang dan penjara kerana telah mengkafirkan orang Islam sebelum ini.

Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd. Ariff Sabri mendakwa Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman perlu rasa masuk penjara kerana kesalahannya.

“Tangkap mufti pahang kerana tuduh orang kafir. Saya diberitahu dia (Abdul Rahman) bila time raya Cina dia menyorok takut orang (Cina) tanya,” ujarnya semasa sesi perbahasan olok-olok Rang Undang-Undang 355 (RUU355) di sini malam tadi.

Mohd. Ariff yang juga bekas ahli UMNO dan kini wakil rakyat Melayu daripada DAP itu juga mengecam Pas kini yang suka mengkafirkan orang berhubung RUU355.

Beliau juga menyifatkan masyarakat Cina juga tidak suka kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbanding dengan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Abdul Hadi, katanya, tidak disukai kerana sering berubah termasuk memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP.

Beliau juga mempersoalkan jika diluluskan RUU355 adakah ia dapat menangani masalah moral dalam kalangan umat Islam sekiranya keadilan sosial lain tidak dilakukan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad juga kesal apabila ada pihak menuduh pembangkang dalam kalangan muslim tidak beriman kerana menentang tindakan menangguhkan perbahasan RUU355 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Beliau juga menyifatkan pihak yang menuduh sedemikian sebenarnya mereka yang tidak pandai berbahas dengan mereka. – MalaysiaGazette

Advertisements

One thought on “Wakil Rakyat Melayu DAP Desak Kerajaan Tangkap Mufti Pahang

  1. MAJULAH PENTERNAKAN BABI DEMI MELAYU DAP!

    Apa!! Khalid gereja yang hari hari minum holy water tak beriman? Tak mungkin! Buat apa masuk church tapi tak beribadat? manusia apa la kau ni khalid? Buat malu melayu pada kristian bangsa lain je….

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s