Azan 5 Kali Sehari Mesti Dapat Kebenaran Penduduk – Azira Aziz

Azira Aziz bersama aktivis DAP Young Safura
Kuala Lumpur: Salah seorang pengasas BEBAS yang terlibat dengan perhimpunan Anti RUU 355 di Petaling Jaya Februari lepas, mempersoalkan jarak Masjid dan surau dari kawasan tempat tinggal penduduk.

Azira Aziz dikatakan melontarkan pandangan tersebut melalui akaun Twitternya, @ladymissazira, pada 9 April lepas, menegaskan bahawa Masjid atau surau yang berada di dalam kedudukan 50 m dari kawasan perumahan, sepatutnya disyaratkan untuk meminta kebenaran penduduk kerana azan dilaungkan 5 kali dalam sehari.

Beliau berbuat demikian sebagai respons kepada berita Kerajaan Negeri Selangor akan membuat semakan semula kepada Garis Panduan Manual Selangor Dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor yang menyaksikan syarat-syarat pembinaan rumah ibadat bukan Islam diperketatkan.

Selain daripada itu Azira juga melontarkan dakwaan bahawa budaya kebencian, pergaduhan dan mentaliti tidak bertoleransi adalah merupakan budaya yang diimport dari negara Arab ke dalam masyarakat.

Masalah fundamentalisme yang melanda Malaysia pada ketika ini, ditegaskan oleh Azira sebagai berpunca dari budaya Arab yang diimport ini.

Azira bersama ADUN DAP Hannah Yeoh
Aktivis yang dikatakan pernah bekerja dengan Adun Subang DAP, YB Hannah Yeoh juga menuduh kononnya orang Islam Malaysia terikut-ikut dengan budaya Arab yang antara lain dipengaruhi oleh graduan Ustaz dan Ustazah universiti-universiti Arab.

Menurutnya, Malaysia akan lebih aman jika penghantaran dan kemasukan tenaga pengajar Islam dari rantau tanah Arab dihadkan sejak dahulu lagi – menara.my

DAP Dalang Di Belakang 4 Individu Saman Hadi ?

Advertisements

2 thoughts on “Azan 5 Kali Sehari Mesti Dapat Kebenaran Penduduk – Azira Aziz

  1. Next time suruh abah kau minta kebenaran YDPA setiap kali nak berjimak dengan mak kau. Hasil perbuatan mereka menganggu seluruh rakyat Malaysia. Puiiiih typical rug munching closet evangelist!

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s