Ezam & Khairuddin Dituduh ‘Mencuri’, Presiden New Gen Party Lapor Polis

AIDCNews – 12/04/17 –Dua bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dituduh ‘mencuri’ parti menyebabkan Presiden New Gen Party, Dato G Kumar telah membuat laporan polis.

Dalam laporan polis itu, G. Kumar memberitahu bahawa Setiausaha Agung parti pimpinannya, S Gobi Krisnan telah menjual parti New Gen Party kepada pihak ketiga dan ditukar nama kepada Parti Bebas Rasuah (PBR) yang diketuai oleh Ezam dan Khairuddin.

Manakala S Gobi Krisnan pula telah dilantik sebagai Setiausaha Agung PBR.

G. Kumar turut menuduh S Gobi Krisnan seorang korup yang pernah memeras ugutnya untuk mendapatkan sejumlah wang tertentu.

“Saya juga mendapati Encik Gobi cuba untuk menjual parti ini (New Gen Party) kepada pihak ketiga untuk mengaut keuntungan bagi diri sendiri,” kenyataan laporan polis G. Kumar dipetik.

Pendedahan ini dilakukan sendiri oleh G Kumar kepada Datuk Huan Cheng Guan, Parti Cinta Malaysia (PCM).

“Minggu lepas Presiden sebenar New Gen Party telah berjumpa dengan saya dan meluahkan keluhannya situasi yang sebenar berlaku dalam partinya.

“Presidennya Dato Kumar telah memberitahu saya, beliau sendiri pun tidak tahu macam mana partinya telah boleh dipindah tangan kepada orang lain, sedangkan tanpa ada apa-apa Mesyuarat Agung yang beliau sedia maklum.

“Beliau juga amat terkejut macam mana pihak luar boleh suka-suka mahu menukar nama partinya (New Gen Party) kepada Parti Bebas Rasuah. Dia pun Pening.

“Susulan dari itu, satu laporan polis telah dibuat . Maka beliau berharap ROS dan PDRM mengambil tindakan yang sewajarnya,” dedah Huan dalam Facebook.

Presiden New Gen Party, Dato G Kumar mengadu masalah partinya telah ‘dicuri’ kepada Datuk Huan

Advertisements

3 thoughts on “Ezam & Khairuddin Dituduh ‘Mencuri’, Presiden New Gen Party Lapor Polis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s