Guan Eng Dikelilingi Tokoh-Tokoh Perniagaan Suspek Rasuah

AIDCNews – 12/04/17 –Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dikelilingi tokoh-tokoh perniagaan yang menjadi suspek rasuah oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Dato Seri Khor Teng Tong dari Hunza Land telah ditangkap. Dihadapkan ke mahkamah pagi ini. Pemaju besar di Pulau Pinang. Sangat rapat dengan Tokong (Guan Eng),” dedah Mejar Huan Penang dalam Facebook hari ini.

Sementara itu, Berita Harian melaporkan Datuk Seri dan anaknya yang bergelar Datuk ditahan SPRM berhubung penyalahgunaan kedudukan berhubung penjualan tanah milik anak syarikat Yayasan Bumiputra Pulau Pinang Berhad.

Datuk Seri dan anaknya yang juga pemilik sebuah syarikat pemaju hartanah terkemuka di Pulau Pinang ditahan dalam satu operasi khas SPRM, pada jam 7 malam ini.

Penasihat syarikat pemaju yang berusia 74 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Pulau Pinang manakala anaknya yang berusia 47 tahun yang juga pengarah urusan syarikat itu ditangkap di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Sumber berkata, penahanan itu susulan daripada siasatan SPRM terhadap seorang pemegang amanah yayasan itu di Pulau Pinang pada 29 Mac lalu kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukannya bagi kepentingan peribadi.

Katanya, kedua-dua suspek itu dipercayai menjual tanah milik anak syarikat yayasan tanpa melalui proses dan tatacara yang ditetapkan serta harga yang jauh lebih rendah daripada harga asal.

“Perbuatan itu menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada anak syarikat milik yayasan itu sejak beberapa tahun yang lalu.

“Kedua-dua tangkapan dibuat pada jam 7 malam ketika hadir untuk memberi keterangan membantu siasatan kes itu, ” katanya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kedua-duanya dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown esok (hari ini) untuk direman Kes itu disiasat mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, seorang pemegang amanah yayasan bergelar ‘Datuk’ direman bagi membantu siasatan SPRM selepas dipercayai menjual tanah milik anak syarikat yayasan berkenaan di negeri ini, selain membuat keputusan sendiri tanpa melalui persetujuan ahli lembaga pengarah.

Advertisements

One thought on “Guan Eng Dikelilingi Tokoh-Tokoh Perniagaan Suspek Rasuah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s