Jutawan Muda PKR Ditahan SPRM

PUTRAJAYA – Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

Memetik laporan The Star menyatakan Adam,28, telah digari dan disoal siasat selama beberapa jam di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini, hari ini.

“Beliau dilihat dengan tangannya digari di lobi ibu pejabat kami, pada kira-kira 4.10 petang tadi, sebelum dibawa ke lokasi yang lain,” kata sumber SPRM, petik The Star.

Sumber itu menambah, Adam ditahan pada pukul 3.30 petang, hampir sejam selepas beliau disoal siasat oleh SPRM.

“Beliau kini dalam tahanan…dalam tempoh 24 jam,” kata sumber itu.

Sumber itu berkata, bahawa SPRM akan memohon perintah reman pada Jumaat ini.

“SPRM sedang menyiasat kes itu di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001,” tambah sumber itu.

Terdahulu, Adam hadir sekitar jam 2:30 petang ke Ibu Pejabat SPRM di sini, bagi memberi keterangan berhubung dakwaan tersebut.

Sebelum ini, pada 10 Februari lalu, Adam telah diminta hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi merakam keterangan berhubung dakwaan tersebut.

Media sebelum ini melaporkan kemewahan luar biasa Adam yang didakwa memiliki banglo dan beberapa kereta mewah meskipun baru memegang jawatan dalam PKR.

Susulan itu, satu laporan terhadap SPRM telah dibuat Ketua Umno Ampang, Datuk Ismail Kijo – SH

Advertisements

3 thoughts on “Jutawan Muda PKR Ditahan SPRM

  1. Gari sekali mak bapak dia ni. Bukan kata dah declare hari tu hasil kekayaan keluarga? Sapa je, anak bini, ipar duai, sepupu sepapat, asalkan berkait angkut masuk dalam sekali. Baru mereka dapat rasa sikit azab dunia hasil makan rezeki dari sumber haram. Takkan makan ramai ramai, gigolo ni sekor je kena hukum? Takde la keADILan kan?

    Like

  2. Kalau bertaraf KP AMK Cabang pun dah macam ini,bayangkanlah yg lain-lain yg berpangkat lebih tinggi bertaraf YB dan ada pula kedudukan dalam kerajaan atau agensi kerjaan.Siapa kata PKR bersih?.Mereka yg pernah bersama PKR sudah tentu lebih arif berkaitan dgn tingkah laku grombolan PKR.Masa susah dulu ,kononnya berjuang untuk rakyat dan keadilan ,tapi bila dah berkuasa,semua nya mahu cari harta.Kalau dgn jalan halal ok lah juga ,tapi cara ini susah nak senang jadi jalan haram lah yg akan di lalui.

    Semuga PRU 14 ,dapat mengubah segalanya.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s