Akuan Bersumpah Rafizi Hanya ‘Hearsay’ – Setiausaha Agung PAS

1. PAS Pusat ingin menyatakan bahawa bekas Timbalan Presiden PAS, Dato’ Dr. Nasharudin Mat Isa, tidak pernah memegang sebarang jawatan dalam PAS sejak beliau tewas dalam pertandingan jawatan tersebut pada tahun 2011 dan setelah ditamatkan sebagai Ahli Majlis Syura ‘Ulamak PAS.

2. PAS Pusat mengesahkan tidak pernah menerima sebarang sumbangan daripada dan/atau melalui beliau dalam apa bentuk sekalipun daripada tarikh tersebut kecuali sumbangan tetap bulanan sebagai Ahli Parlimen PAS (berakhir Mei 2013 sebagai Ahli Parlimen Bachok).

3. PAS Pusat menyerahkan perkara Akaun Bersumpah YB Saudara Rafizi Ramli dalam hal ini kepada Pihak Berkuasa untuk diambil tindakan yang sewajarnya mengikut undang-undang. Namun PAS berpandangan ianya kekal berstatus ‘dengar cakap’ (hearsay) selagi individu yang dikatakan memberitahu ‘maklumat’ ini kepada beliau mengesahkannya.

4. Dalam masa yang sama PAS menggesa YB Saudara Rafizi Ramli agar turut dengan segera membuat Akaun Bersumpah tentang dakwaan ‘bersifat rasuah’ yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin dan Chegubard baru-baru ini terhadap beliau dan beberapa pemimpin Keadilan yang lain Untuk makluman dan pertimbangan rakyat Malaysia.

Terima kasih.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
SETIAUSAHA AGUNG PAS

Advertisements

2 thoughts on “Akuan Bersumpah Rafizi Hanya ‘Hearsay’ – Setiausaha Agung PAS

  1. Apa yg di alami oleh PAS sekarang hanyalah sebahgian kecil dari pahit maung yg sudah di alami oleh UMNO sejak lama gara-gara tomahan,fitnah dan kedajalan Pemabngkang yg dulunya bergurukan LKS dan Anwar Ibrahim ,tapi kini Mahahtir pula menjadi kepala dajal mereka.Semuga kini PAS sudah memahami situasi,kuat kanlah semangat seperti Umno dan teruskan usaha membela ugama dan bangsa.jangan takut kepada puak dajal yg memang di akhir zaman menjadi kan fitnah ssebagai bahan jajaan mereka.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s