PKR Cabar PAS Putuskan Tahaluf Siyasi Apabila Rafizi Konsisten Tuduh Hadi Terima Dana IMDB


AIDCNews – 13/04/17 –PKR seolah-olah mencabar PAS supaya memutuskan tahaluf siyasi pada Muktamar penghujung April ini apabila merestui Naib Presidennya, Rafizi Ramli membuat akaun bersumpah dan konsisten menuduh parti Islam itu menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketika membacakan akaun bersumpah yang dibuatnya, Rafizi dalam sidang medianya hari ini menamakan bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa sebagai ‘orang tengah’ dalam penyaluran dana berkenaan.

“Oleh itu perkara ini perlu disiasat apakah telah berlaku pertukaran kepada wang yang masuk ke akaun Nasharudin? Adakah peranannya untuk melunakkan pandangan PAS terhadap isu 1MDB?,” soal Rafizi.

Ahli Parlimen Pandan itu juga dilihat konsisten dengan cuba mengheret Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu berkenaan.

“Sebab seorang pemimpin ulama dunia, adalah menjadi tanggungjawab kepada Hadi untuk memastikan tiada satu sen mengalir dari mana-mana sumber yang diragukan, sama ada untuk membiayai aktiviti PAS atau digunakan oleh PAS,” tegasnya.

Rafizi mendakwa maklumat itu diperolehi daripada seorang bekas pegawai paling kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun tidak menamakan siapakah nama bekas pegawai kanan berkenaan.

Enam hari lalu, pengendali Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) mendedahkan nama bekas pegawai kanan SPRM itu ialah Datuk Bahri Mohamad Zain.

Dakwa RPK, berbekalkan ‘maklumat’ Bahri itu, Rafizi telah menyalurkan kepada pihak luar (Sarawak Report) supaya ia kelihatan seperti ‘maklumat’ itu dari dari luar negara.

“Di sebalik semua ini, ia akan menjadi seolah-olah ianya bukan Rafizi yang menuduh tetapi beliau hanya memetik tuduhan orang lain. Kemudian Rafizi terselamat dari tindakan undang-undang serta tidak perlu mendedahkan siapa dari SPRM yang memberi bahan bukti dan dokumen kepada beliau. Sudah tentu Rafizi tidak akan mendedahkan yang Bahri memberikan beliau semua dokumen tersebut.

“Kemudian Rafizi akan memberikan semua dokumen yang diserahkan oleh Bahri kepada seseorang di luar Malaysia dan berkata orang tersebut adalah sumber tanpa perlu mengemukakan dari mana sumber sebenarnya, iaitu orang yang memberikan bahan bukti dan dokumen.

“Sebenarnya dokumen yang diberikan Bahri kepada Rafizi tidak berupaya menjejaskan sesiapa pun. Tiada bukti kukuh jaringan kewangan yang menunjukkan bahawa Najib menyalurkan dana 1MDB kepada PAS, membayar kepada orang perseorangan di dalam PAS mahupun kepada yang rapat dengan PAS. Mereka akan mengambil dua isu yang tiada bersangkutan dan mengatakan dua isu tersebut saling berkaitan antara satu sama lain,” dedahnya.

Rumus RPK, isu ‘PAS menerima dana IMDB’ sengaja direkayasa oleh pihak Pakatan Harapan sebagai ‘peluru’ untuk menumbangkan PAS dan UMNO pada PRU 14.

“Topik utamanya cukup mudah. Pakatan Harapan mahu tumbangkan PAS. Di samping itu juga, mereka juga mahu menumbangkan UMNO dengan kerja dan usaha sedang giat dijalankan.

“Namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa lagi kepada UMNO kerana setelah hampir dua tahun berusaha keras umpama orang gasar bertempik di hadapan pagar, UMNO bukan sahaja makin kuat malah lebih kuat lagi dari tahun 2013,”kata RPK.

Dalam reaksi spontan, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan dakwaan Rafizi sebagai ‘tuduhan kosong’ tanpa disertakan bukti kukuh.

Tuan Ibrahim berkata Nasharuddin tidak lagi aktif dalam PAS sejak 2011.

“Dia pun tak pernah jejak kaki dan datang pejabat PAS. Kita pun tak jumpa dengan dia.

“Ini adalah usaha (Rafizi) untuk memburuk-burukkan PAS dan cubaan untuk lari daripada isu-isu dalaman PKR,” kata Tuan Ibrahim.

Advertisements

One thought on “PKR Cabar PAS Putuskan Tahaluf Siyasi Apabila Rafizi Konsisten Tuduh Hadi Terima Dana IMDB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s