Jutawan Muda PKR Direman Lima Hari

AIDCNews – 14/04/17 –Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kekayaannya yang disifatkan luar biasa.

Adam, 29, pegawai khas Anggota Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin akan berada di bawah tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga 18 April selepas Majistret, Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman meluluskan permohonan reman terhadapnya.

Beliau diwakili peguam, Nik Zarith Nik Moustpha dan Asyraf Othman.

Adam ditahan di ibu pejabat SPRM selepas memberikan keterangan pada Khamis.

SPRM menyiasat kes tersebut di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Sementara itu, SPRM turut menyita lima buah kereta mewah milik Adam dan diletakkan di ruang pejabat di Putrajaya.

Antara kereta mewah tersebut adalah Toyota Vellfire, Mercedez Benz C200, BMW 5 Series, Mini Cooper dan Audi A6, serta sejumlah RM212,461.41 melibatkan lapan akaun, iaitu empat akaun Adam dan empat akaun isterinya, turut dibekukan.





Advertisements

One thought on “Jutawan Muda PKR Direman Lima Hari

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s