Aktivis DAP, Ronnie Liu Mengaku Berbincang Dengan Kaunselor Politik Amerika Syarikat

Dalam ucapan beliau di Rusila, Marang, pada 10 April 2017, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah menyebut mengenai kewajaran PAS berunding dengan UMNO dengan membandingkannya dengan tindakan DAP “berunding dengan negara asing untuk mengubahkan politik Malaysia”.

Berikut adalah kenyataan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang seperti yang dilaporkan oleh laman web Harakahdaily pada 11 April 2017:

Orang DAP tanya, dalam perbahasan Parlimen Bajet yang lalu, saya sudah bawa 355 ini, DAP mempertikaikan kerana PAS berunding dengan UMNO. Saya kata, tak boleh ke PAS berunding dengan Umno kerana untuk melaksanakan Syariat? Kerajaan Pulau Pinang boleh berunding untuk bahas pasal jambatan Pulau Pinang, DAP boleh bincang untuk projek Pulau Pinang, kita tak boleh nak bincang untuk nak laksanakan syariat, tak boleh? Dia tak boleh jawab, terduduk dia, tak boleh jawab.

Saya boleh tambah lagi, kita boleh berunding dengan UMNO, berunding dengan siapa dia sahaja untuk melaksanakan Islam, sedangkan dia berunding dengan Amerika pun dia berunding, dengan negara asing pun dia berunding, dengan kedutaan asing pun dia berunding, berunding dengan negara asing untuk mengubahkan politik Malaysia. Kita tak sampai tangga itu, nak suruh negara asing campur tangan negara kita.

Sumber: http://www.harakahdaily.net/…/1001-transkrip-ucapan-tgah-di…

Ekoran kenyataan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ini, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, telah membuat kenyataan ini “sebagai suatu fitnah jahat” sambil meminta beliau “tunjukkan bukti pemimpin DAP mana yang berpakat dengan Amerika Syarikat”.

Berikut adalah laporan kenyataan Lim Guan Eng seperti yang dilaporkan oleh laman web Roketkini pada 13 April 2017:

Dalam pada itu, (Lim Guan Eng) turut melahirkan kekesalan dengan kenyataan Hadi Awang yang mengaitkan DAP kononnya berpakat dan bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) untuk campur tangan dalam politik Malaysia.

“(Kenyataan) yang dikeluarkan ini tidak disokong dengan bukti-bukti…tidak disebut pemimpin mana dan saya menganggapnya sebagai suatu fitnah jahat beliau.

“Cuma saya harap, beliau (Abdul Hadi) tunjukkan bukti pemimpin DAP mana yang berpakat dengan Amerika Syarikat…selagi tidak ada bukti, saya menganggapnya sebagai satu lagi fitnah jahat beliau.

“Lagipun, kita (DAP) tidak ada hubungan seperti yang dikatakan oleh Abdul Hadi, bukan sahaja dengan Amerika Syarikat, malah Singapura…janganlah baling batu sembunyi tangan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Sumber: https://www.roketkini.com/…/jangan-main-tuduh-tuduh-dap-ge…/

Menyusuli kenyataan Lim Guan Eng ini adalah tindakan Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY), Wong Kah Woh, membuat laporan polis ke atas Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh, pada 13 April 2017, dengan menyifatkan kenyataan itu sebagai “pembohongan nyata dan tidak benar sama sekali”.

Berikut adalah laporan kenyataan Wong Kah Woh seperti yang dilaporkan oleh laman web Roketkini pada 13 April 2017:
Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY), Wong Kah Woh, hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membuat tohmahan jahat ke atas DAP dalam satu ucapannya baru-baru ini.

Laporan yang di buat di Balai Polis Sungai Senam itu adalah berhubung dakwaan Hadi Awang kononnya wujudnya rundingan antara DAP dan Amerika Syarikat (AS) untuk mencampuri politik Malaysia.

“Kenyataan yang dilakukan Hadi itu adalah pembohongan nyata dan tidak benar sama sekali.

“Tidak sangka Hadi Awang, seorang yang senior dalam politik dan dikenali sebagai pemimpin agama di tahap seperti ini dan melakukan pembohongan jelas semata-mata demi agenda politik menyelamatkan Najib,” katanya dalam kenyataan.

Adun Canning itu menegaskan, tindakan Ahli Parlimen Marang tersebut secara langsung membuktikan PAS sudah menjadi agen kepada UMNO dengan menyebarkan pembohongan untuk menakutkan orang Melayu terhadap DAP.

Sumber: https://www.roketkini.com/…/tuduh-berunding-dengan-amerika…/

Agak menghairankan bila pemimpin DAP mengeluarkan reaksi terlalu keras terhadap kenyataan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ini sedangkan, sekadar satu contoh, seorang pemimpin DAP, Ronnie Liu, telah secara terbuka mengaku di dalam akhbar Suara KeADILan milik PKR keluaran 11 April 2017 bahawa beliau berjumpa dengan Kaunselor Politik Amerika Syarikat, Tressa Finerty, bagi membincangkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.

Di dalam rakaman video yang dimuatnaik oleh Kinitv pada 6 April 2017, kedengaran jelas Ronnie Liau menyebut: “We have met the political counsellor, Tressa, and with her officers. We had a very frank and friendly discussion. We highlighted to them that Anwar is the icon of democracy, icon of reformasi, and we need Anwar to be out as soon as possible to help us together with us to save Malaysia.”

(Terjemahan: “Kami telah berjumpa dengan kaunselor politik, Tressa, dan dengan pegawai-pegawainya. Kami telah mengadakan diskusi yang sangat terus-terang dan mesra. Kami menjelaskan kepada mereka bahawa Anwar adalah ikon demokrasi, ikon reformasi, dan kami perlu Anwar dikeluarkan (dari penjara) secepat mungkin untuk membantu kami bersama-sama dengan kami menyelamatkan Malaysia.”)

Sumber: http://www.kinitv.com/video/46780O74

Sumber: “Tetap Tahanan Politik, Perlu Bebas Segera”, Suara KeADILan, 11 April 2017.

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).

Advertisements

2 thoughts on “Aktivis DAP, Ronnie Liu Mengaku Berbincang Dengan Kaunselor Politik Amerika Syarikat

  1. Anyone consorting with foreign power in order to influence the inner working of our nation, political or otherwise, without the expressed and explicit consent from the federal government of the day is a TRAITOR. Ronnie Liu are not talking on behalf of Malaysian people. He is preserving his self interest. He should face a firing squad!

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s