Akuan Berkanun Rafizi Merupakan Serangan Terbuka PKR Terhadap PAS

AIDCNews – 15/04/17 – Bermula 6 April ketika Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang menyerang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggunakan isu ‘RM90 juta dana IMDB’ tiada seorang pun pimpinan tertinggi PKR membantah tindakan biadap Rafizi itu.

Ketiadaan bantahan daripada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mahupun Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membawa maksud PKR merestui tindakan Rafizi yang merupakan Naib Presiden parti itu.

Rafizi mula menyerang PAS sebagai sahaja Abdul Hadi berjaya membentangkan usul Persendirian meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) dibacakan di Dewan Rakyat.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya, Wong Chen mendedahkan bahawa Ahli-Ahli Parlimen PKR telah mengadakan mesyuarat pre-council bersetuju untuk melantik Rafizi bagi membantah RUU Akta 355 yang dibentangkan Presiden PAS.

Ini merupakan bukti jelas PKR menolak RUU Akta 355 kata Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Dua hari lalu, Rafizi meneruskan serangan terhadap PAS dengan membuat akuan berkanun mendakwa individu yang menerima dana IMDB itu adalah bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa.

Sekali lagi tiada bantahan daripada Wan Azizah mahupun Azmin Ali.

“Oleh kerana tiada kenyataan rasmi dari Presiden/Timb.Presiden PKR berkenaan isu RM90 juta oleh Rafizi, boleh kita simpulkan mereka meraikan serangan Naib Presiden PKR itu terhadap PAS. Ada Bantahan?,” soal Huzir Sulaiman, Setiausaha Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Pusat dalam Facebooknya hari ini.


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s